CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12101|Reply: 12

Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak Untuk Kali Terakhir Sebagai Suami’ – Datuk Red

[Copy link]
Post time 2-4-2024 05:43 AM | Show all posts |Read mode





Usahawan Datuk Red meluahkan hasratnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama anak-anak.


Menerusi siaran langsung di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu berharap agar dia diberi peluang untuk beraya bersama isteri dan anak-anak sebagai sebuah keluarga.








"Bagi lah saya peluang untuk saya beraya bersama anak-anak. Andailah kata kalau jodoh kami tak panjang, bagilah saya peluang untuk raya dengan anak-anak untuk kali terakhir sebagai seorang suami.


"Jangan tunjuk dekat anak-anak. Anggap tiada apa yang berlaku. Kalau tengok pada atas kertas, mungkin tahun ini tahun terakhir saya beraya sebagai suami."


Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu sengaja melewatkan kes perceraian dengan kedua-dua isterinya dengan harapan mereka berubah fikiran.


Dia juga akui meskipun dia cuba pertahankan tetapi perkara seperti ini tidak boleh dipaksa sebaliknya ianya memerlukan usaha kedua-dua belah pihak.


"Kadang-kadang kita nak pertahankan tapi sebelah pihak tak nak… nak buat macam mana. Benda macam ni tak boleh paksa. Saya melambat-lambatkan kes, saya cuba ambil masa.


"Kalau diorang dua (isteri) tak tarik, macam dengan Adira ni tarikh paling hampir. Hujung bulan 4 dah masuk hakam, bila dah masuk hakam memang saya tiada upaya. Saya tak boleh buat apa. Dengan Datin Red tarikh lambat sikit."


Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytiharkan muflis dan menanggung hutang sebanyak RM5 juta sehingga dia terpaksa menumpang belas ihsan dua isterinya.


Tidak lama selepas pendedahan itu dibuat, dipercayai suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu menerima beberapa tawaran menjadi model jenama pakaian dan membuat review untuk beberapa jenama.


Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.


Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama Sharifah Norshafila Hashim.


Sumber: TikTok/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 01:37 PM | Show all posts
awal sangat masuk...tapi i rasa hujung tahun atau awal next year adira n tokred akan menimang baby baru
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada diberi peluang beraya dgn anak tu nnti, peluang masih ada la tu.. mlm nnti cubalah bawak berbincang one by one bertentang mata..hahaa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 02:32 PM | Show all posts
MadameOnion replied at 2-4-2024 01:37 PM
awal sangat masuk...tapi i rasa hujung tahun atau awal next year adira n tokred akan menimang baby b ...

Adira dah ikat. 4x c-section

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 02:35 PM | Show all posts
dasat berderet anak dia 7,6,5 tahun..kuat peluk bini takpe la
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tak jd nya cerai rasa i all.red pn dh femes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 02:55 PM | Show all posts
trick byk dia ni.. bini tu nekad dah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
raya pertama ko kt rumah adira ke kt rumah datin???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki kanan masuk dah ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:22 PM | Show all posts
  



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dira tak jd cerai pun lantaklaa

Umahtangga org, apa plak hak kita nk tentukan begitu begini
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Serabut kisah dato bodo ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama laki bini!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.075733 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list