CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9117|Reply: 8

[Tempatan] ‘Pengumuman’ projek kereta api laju Trans Borneo ‘pelik’, kata pakar

[Copy link]
Post time 2-4-2024 08:18 AM | Show all posts |Read mode
‘Pengumuman’ projek kereta api laju Trans Borneo ‘pelik’, kata pakar

https://www.freemalaysiatoday.co ... o-pelik-kata-pakar/

Mohd Farhan Darwis
02 Apr 2024, 08:00 AM


Sarawak sebelum ini mencadangkan penubuhan rangkaian sistem kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia. (Gambar KTMB)

Pakar pengangkutan Wan Agyl Wan Hassan berkata projek mega seperti itu hanya boleh diumumkan selepas ada perbincangan dengan pihak berkuasa.

PETALING JAYA: Pakar pengangkutan meminta kerajaan berhati-hati terhadap cadangan membina rangkaian kereta api laju menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei, dan Kalimantan di Indonesia oleh sebuah syarikat swasta.

Wan Agyl Wan Hassan, rakan kongsi pengurusan dalam firma perundingan pengangkutan Agyl & Partners berkata pengumuman berkait projek yang dikatakan bernilai USD70 bilion (RM330 bilion) itu sepatutnya dibuat selepas ada perbincangan dengan pemerintah Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Beliau memberi contoh projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di mana Malaysia membuat perjanjian dengan Singapura.

“Bagi saya peliklah, tak tahu dari mana datangnya tiba-tiba muncul cadangan pembinaan rangkaian kereta api laju Borneo.

“Kena faham bila nak buat projek seperti ini mesti kena ada perjanjian unilateral, empat wilayah ini perlu setuju,” kata Wan Agyl kepada FMT mengulas pengumuman projek Kereta Api Trans Borneo.


Wan Agyl Wan Hassan.

“Mungkin ada yang umum melalui laman web, tetapi proses (rundingan) itu tidak berlaku, kena bincang dengan Sabah, Sarawak, dan Indonesia, membabitkan persetujuan tentang jajaran, projek, dan pembiayaan.”

Beliau juga mendakwa maklumat berkaitan projek itu juga agak terhad dan masalah berkenaan turut dihadapi kerajaan Sarawak yang sepatutnya mengetahuinya jika ada perbincangan.

Semalam, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata Putrajaya tidak tahu menahu mengenai cadangan sebuah syarikat membina rangkaian kereta api laju menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei, dan Kalimantan di Indonesia.

Menurutnya, ia perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada kerajaan malah tender kajian kebolehlaksanaan projek landasan kereta api Trans Borneo hanya dibuka pada Mei ini.

Baru-baru ini, Brunergy Utama Sdn Bhd yang berpangkalan di Brunei dilaporkan akan membina rangkaian kereta api laju di Borneo yang bertujuan memendekkan tempoh perjalanan antara negara itu, Sarawak, Kalimantan dan Sabah.

Dalam pengumumannya, projek itu merangkumi dua fasa, membabitkan laluan sepanjang 1,600km menggunakan kereta api dengan kelajuan maksimum 350km/j.

Cadangan rangkaian sistem kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia bukanlah perkara baru. Ia pernah dicadangkan oleh Sarawak sebelum ini.

Pada Oktober tahun lalu, Loke berkata Putrajaya akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek susulan permintaan daripada Sarawak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 08:33 AM | Show all posts
agaknya sykt Brunergy tu sendiri yg biaya keseluruhan kos utk projek tu kot? tu yg dorg ingat dorg cuma perlu dptkan persetujuan berkenaan tanah dari keempat2 tempat yg terlibat, kira settle. agaknyaaa la
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 12:30 PM | Show all posts
la ingatkan dah ade perbincangan da..tak buat upanya tp sembang mcm da approve haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 01:01 PM | Show all posts
jika semenanjung tak perlukan keretapi laju,
bagilah borneo miliki keretapi laju..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi, impian akak nak cikcur di Pontianak ujung minggu dengan menaiki ketapi laju hanyalah impian sajork?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 01:37 PM | Show all posts
baguslah ada perancangan. Benda bukan terus jadi. Bila Indon dah ubah ibu negara dia, boleh la proceed projek ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-4-2024 01:04 PM
Jadi, impian akak nak cikcur di Pontianak ujung minggu dengan menaiki ketapi laju hanyalah impian sa ...

Agyl bising brunergy announce nak bina ketapi di borneo. Deyols kat senanjung tu lama dah ada ketapi sampai taraf lrt. Weols bertahun2 dh jd part of malaysia pun baru otw nak siapkan fasa akhir pan borneo. Nak buat ketapi kt swk sbh pun alasan deyols dr dulu geographycally not feasible. Agak ego lah heols question tu, but then yg request survery tu pun kjaan swk. Tp mayb gak yg swk request tu xada kaitan ngan projek brunergy tu sbb swk mmg plan nak buat lrt something kch-serian route (bintulu ada jg kalau xsalah).
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga agyl tak jadi agus.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 2-4-2024 09:58 PM
Agyl bising brunergy announce nak bina ketapi di borneo. Deyols kat senanjung tu lama dah ada keta ...

Keretapi di Malaya dah lama wujud sejak zaman British....zaman Rajah Brooke tu kenapa Sarawak tak buat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060056 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list