CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5411|Reply: 0

[Johor] MAQIS rampas 16 tan sardin tin tanpa permit import

[Copy link]
Post time 2-4-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode

MAQIS Johor rampas 16 tan sardin yang diimport dari Singapura di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar, pada Rabu lalu. - Foto MAQIS Johor

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor merampas lebih 16 tan sardin dalam tin berjumlah RM83,879.84 di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini pada Rabu lalu.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof berkata pihaknya menahan sebuah lori yang membawa muatan tersebut yang dipercayai diimport dari Singapura.

"Hasil pemeriksaan dokumen yang dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa MAQIS telah mendapati konsainan yang membawa 1,600 dengan berat 16,320 kilogram karton ikan sardin dalam tin tersebut tidak mempunyai permit import.

"Semua 16 tan sardin dalam tin tersebut dirampas dan siasatan lanjut dijalankan.


"Pemandu lori berusia 30 tahun dilepaskan setelah diambil keterangan untuk siasatan lanjut.

"Perbuatan ini disyaki menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana mengimport tanpa permit MAQIS," katanya dalam kenyataan hari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... tanpa-permit-import

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.357594 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list