CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4066|Reply: 0

[Kelantan] Sungai Golok surut, UMK cadang buat kajian

[Copy link]
Post time 2-4-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN semasa Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand mulai kering ekoran musim kemarau yang melanda ketika tinjauan sekitar Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bercadang untuk membuat kajian mengenai fenomena air Sungai Golok di Rantau Panjang yang surut sejak sebulan lalu.

Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi UMK, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata, pihaknya bercadang membuat kajian itu dengan kerjasama universiti dari Thailand.

Katanya, Sungai Golok yang surut ketika ini membolehkan orang ramai menyeberangi tanpa menggunakan rakit atau sampan.

"Hulu sungai di negara jiran kemungkinan sudah dua bulan tidak hujan menjadi punca air Sungai Golok surut.


"Mungkin pada masa akan datang UMK boleh menjalin kerjasama dengan universiti di Thailand untuk mengkaji kenapa fenomena ini berlaku.

"Dahulu fenomena Sungai Golok surut tidak berlaku, namun sejak akhir-akhir ini air sungai kering dengan ketara dan kita kena cari punca ia berlaku," katanya di sini, hari ini.

Wan Mohd Faizal berkata, selain faktor cuaca panas yang menyebabkan air sungai surut selain faktor lain yang mempengaruhi hulu sungai.

"Justeru, UMK akan buat kajian mengenai guna tanah di kawasan hulu iaitu punca air sungai dan berkaitan sosial ekonomi masyarakat di kedua-dua negara.

"Kita yakin jika ada kerjasama dengan universiti di Thailand, mungkin ini satu agenda baharu kita boleh ketengahkan untuk sama-sama mencari penyelesaian," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, paras Sungai Golok yang menyusut disebabkan cuaca panas dan kemarau menyebabkan sekurang-kurangnya tiga lokasi di sungai itu cetek.

Tinjauan mendapati lokasi cetek membabitkan Pangkalan Haram Padang Bola, Pangkalan Haram Pasir dan Pangkalan Haram Sharipah yang surut sehingga paras 0.3 meter, malah ada yang kering sehingga menampakkan dasar sungai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cadang-buat-kajian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057045 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list