CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4207|Reply: 0

Mereka hanya cemburu - Tyson

[Copy link]
Post time 3-4-2024 02:11 PM | Show all posts |Read mode

Juara heavyweight dunia dua kali, Mike Tyson (kiri) kembali daripada persaraan untuk menentang bekas YouTuber, Jake Paul di Texas pada Julai ini. - Foto AGENSI

TEXAS: Mike Tyson menganggap mereka yang mengkritik pertarungannya dengan Jake Paul adalah kerana cemburu dengan popularitinya.

Bulan lalu Tyson mengumumkan dia akan kembali ke gelanggang untuk bertarung dengan bekas YouTuber berusia 27 tahun itu di Stadium AT&T yang berkapasiti 80,000 penonton pada 20 Julai, dan perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi Netflix.

Bekas juara heavyweight dunia dua kali itu akan mencecah usia 58 tahun apabila memasuki gelanggang, dan promoter Eddie Hearn mendakwa ia sangat menyedihkan yang dia kembali bertarung, manakala bintang tinju Mexico, Canelo Alvarez berkata dia tidak berminat dengan pertarungan itu.

Tyson bersara daripada bertinju pada tahun 2005, dan hanya mengharungi satu perlawanan pertunjukan menentang seorang lagi legenda tinju, Roy Jones Jr, tetapi dia rasa berbilion peminat akan menyaksikan pertarungannya dengan Paul walaupun dia sudah lama tidak memasuki gelanggang.


"Saya 58, jadi mengapa? Saya mendapat berbilion tontonan hanya dengan bercakap tentang perlawanan itu.

"Setiap orang, termasuk kebanyakan atlet, mereka cemburu. Anda tidak dapat memenuhkan arena. Siapa pada usia 58 tahun mampu memenuhkan arena 80,000? Anda fikir kenapa dia mahu menentang saya dan bukan orang lain?

"Semua petinju mahu bertarung dengannya. Tetapi jika dia menentang mereka, hanya orang yang mengikutinya akan datang. Keluarga mereka pun mungkin tidak akan datang menonton," kata Tyson. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... hanya-cemburu-tyson
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054925 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list