CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4664|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KDN tahan 164 individu kerana cetak al-Quran tanpa kebenaran

[Copy link]
Post time 3-4-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode

NIK Yusaimi ketika sidang media berkaitan Ops Mulia dan rampasan yang melanggar Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN) merampas 6,962 naskah al-Quran tiada perakuan selain menyita 12,767 naskah lagi bernilai keseluruhan kira-kira RM2.8 juta, sepanjang Mac lalu menerusi Ops Mulia.

Setiausaha Bahagian PK KDN Nik Yusaimi Yussof berkata, menerusi Ops Mulia, pihaknya memeriksa 1,082 premis sebelum merampas kesemua naskah berkenaan.

"Ops Mulia dijalankan bagi mengekang keberadaan naskah al-Quran yang tidak mempunyai perakuan.

"Selain al-Quran, kami turut merampas peralatan audio dan elektronik, naskah al-Quran yang masih belum dijilid, bingkai ayat al-Quran serta khat yang dicetak diatas kayu yang dijual melebihi RM5,000," katanya pada sidang media Ops Mulia 1/2024, di sini, hari ini.



Menurut beliau, PK KDN turut menahan 164 individu membabitkan peniaga, pengedar dan individu bukan Islam yang mencetak al-Quran tanpa kebenaran.

"Kami juga merampas naskah al-Quran yang dijual mencecah RM600 senaskah dengan pelbagai kesalahan termasuk dicetak oleh bukan Islam," katanya.

Menurut Nik Yusaimi, kes disiasat mengikut Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 (pindaan 2023).

Individu yang terbabit dengan aktiviti penjualan atau pengedaran al-Quran atau bahan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Nik Yusaimi berkata, Ops Mulia dijalankan hasil risikan selepas mendapati permintaan tinggi terhadap pencetakan, penjualan dan pengedaran al-Quran sepanjang Ramadan.

Menurutnya, ada dalam kalangan individu ditahan, membabitkan warga tempatan dan asing, menunggu masa untuk dihadapkan ke mahkamah.

Kata beliau, sempena Ramadan juga, PK KDN turut mengadakan program advokasi 'Jom Tukar al-Quran' (JEQ) bertujuan memberi peluang kepada orang ramai menukar al-Quran yang tiada perakuan dan mengandungi pelbagai kesalahan.

"Program ini mendapat sambutan melalui penyerahan 6,484 naskah al-Quran yang tiada perakuan bernilai kira-kira RM260,000.

"Secara keseluruhan, sepanjang Ramadan ini, PK KDN berjaya menarik pelbagai item kesalahan al-Quran dalam kalangan orang ramai, termasuk bahan sitaan Ops Mulia dengan jumlah keseluruhan RM3.1 juta," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ran-tanpa-kebenaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.148090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list