CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4577|Reply: 0

6 kelab Liga M kena sekatan FIFA

[Copy link]
Post time 3-4-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Enam pasukan Liga Malaysia (Liga M) dikenakan sekatan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekali gus mencatat rekod tertinggi berbanding pasukan dari liga ASEAN yang lain.

Menerusi semakan di laman sesawang knowledge.fifa.com membabitkan sekatan pendaftaran pemain, dua daripada pasukan itu masih aktif bersaing dalam Liga Super iaitu Kedah Darul Aman (KDA FC) dan juga KL City FC.

Empat lagi pasukan adalah Kelantan FC, Melaka United (MU), Sarawak United dan Perlis FA di mana selain Perlis FA dan Kelantan FC turut dikenakan sekatan sehingga diangkat, empat lagi pasukan lain dikenakan sekatan bagi tempoh tiga jendela pendaftaran.

Semakan lanjut mendapati KDA FC dikenakan sekatan bermula 4 Mac sementara KL City FC pula adalah pada 1 Februari lalu.



Skuad 'The Red Warriors' dikenakan sekatan bermula 22 Ogos 2023 manakala MU pula pada 7 Mac 2023, Sarawak United pada 5 Mei 2023 sementara kes paling lama membabitkan Perlis FA yang mula disekat pada 25 September 2020.

Situasi ini sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai status pemain baharu yang diikat KDA FC dan KL City FC bagi mengharungi musim 2024/25 selepas mereka dikenakan sekatan pendaftaran pemain.

Sebagai rekod, berdasarkan rangka kerja undang-undang FIFA, sekatan pendaftaran adalah salah satu langkah disiplin yang mungkin dikenakan kepada pasukan oleh badan undang-undang FIFA ataupun Tribunal Bolasepak.

Menerusi satu kenyataan di laman FIFA juga, pasukan yang dikenakan sekatan pendaftaran akan dihalang daripada mendaftarkan pemain baharu tanpa mengira pemain tempatan ataupun antarabangsa dan juga amatur mahupun profesional.

Sekatan akan berkuatkuasa sepanjang tempoh yang dinyatakan dan pasukan hanya dibenarkan untuk mendaftar pemain baharu selepas tempoh sekatan berakhir atau sekatan diangkat oleh FIFA.

https://www.bharian.com.my/sukan ... m-kena-sekatan-fifa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.331679 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list