CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9160|Reply: 1

‘Allahyarham Jaafar Onn Baik Hati, Suka Tolong Orang’

[Copy link]
Post time 4-4-2024 04:52 AM | Show all posts |Read mode




PEMERGIAN bintang seni serba boleh, Allahyarham Jaafar Onn disifatkan pelakon Jasmin Hamid sebagai satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.


Kata pemilik nama penuh Jasmiah Abdul Hamid, 52, itu, Jaafar Onn merupakan insan berhati mulia yang memperkenalkan namanya dalam arena hiburan.


“Pulangnya papa Jaafar Onn kepada pencipta-Nya pada bulan yang mulia. Moga Arwah di kurniakan husnul khatimah. Beliau bawa saya masuk ke dunia seni bermula sebagai penari sehingga bergelar pelakon, semuanya menerusi platfrom beliau.


Arwah memang seorang yang sangat baik. Banyak tolong orang sebab itu Allah jemput arwah pada bulan mulia ini. Nama beliau sentiasa ada dalam doa saya selagi hayat di kandung badan.


“Takziah buat seisi keluarga Arwah. Mohon Allah berikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi,” ujarnya panjang lebar.


Khabar duka itu turut memberi tamparan hebat buat penyanyi Haiza yang juga rakan rapat Allahyarham.


Menurut Haiza, arwah berjiwa pemurah, gemar berkongsi rezeki serta ilmu hingga membentuk kerjayanya dalam dunia pengacaraan


Saya mula mengenali arwah dari awal penglibatan dalam industri seni ketika berumur 15 tahun.


“Ketika itu, saya sering perhatikan cara arwah bekerja, mengacarakan pelbagai program sehingga timbul minat untuk memulakan kerjaya sebagai pengacara,” ujarnya kepada HibGlam.


Tambah Haiza, Allahyarham selalu membantu mereka yang memerlukan.


“Ketika masih sihat, arwah bersama rakan artis veteran lain akan keluar mencari peluang membuat kebaikan dengan mengagih bekalan beras.


“Ada satu ketika, lewat malam kami baru sahaja selesai tugas di Sabah, arwah sanggup menawarkan diri ke pasar untuk beli bahan basah semata-mata mahu masakkan saya makanan,” katanya sebak.


Jaafar, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.


Khabar pemergian Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang disahkan anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.


Allahyarham sebelum ini mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 12:50 PM | Show all posts
semoga arwah mendapat sahamnya disana berbuat baik ketika hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047349 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list