CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3473|Reply: 0

Hatrik Foden benam Villa

[Copy link]
Post time 4-4-2024 09:37 AM | Show all posts |Read mode

FODEN (dua dari kiri) meraikan jaringan ketiga City di Stadium Etihad. FOTO AFP

Manchester, United Kingdom: Phil Foden menyinar ketika ketiadaan Erling Haaland dan Kevin De Bruyne apabila jaringan hatriknya membantu Manchester City membelasah Aston Villa 4-1 awal pagi tadi.

Kemenangan besar juara bertahan itu menamatkan persoalan mengenai kemampuan mereka untuk memenangi perlawanan besar sekali gus merapatkan kembali jurang satu mata dengan Arsenal selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

City belum dapat menewaskan pasukan di kelompok lima teratas dalam enam percubaan musim ini sebelum menentang Villa yang menduduki tangga keempat di Etihad.

Namun Pep Guardiola menunjukkan keyakinannya dengan meninggalkan Haaland dan De Bruyne di bangku simpanan sepanjang perlawanan susulan jadual padat mereka yang mempertahankan tiga trofi.


"Jadual itu memang teruk dan kami perlu mempunyai tenaga. Semua orang perlu terlibat," kata Guardiola mengenai keputusan merehatkan Haaland dan De Bruyne.

Guardiola memuji Foden sebagai pemain terbaik Inggeris musim ini dan pemain muda berusia 23 tahun itu membalas kepercayaan dengan meledak keseluruhan 21 gol.

"Phil ketika dia bermain di posisi tengah, dia mempunyai deria menjaringkan gol," kata Guardiola.

"Dia benar-benar pemain berkelas tinggi dan mempunyai bakat semula, ia hadiah."

City tewas 0-1 di tangan Villa pada Disember tetapi itu kekalahan terakhir skuad Guardiola yang kini tidak tewas dalam 24 perlawanan.

Pengurus Villa Unai Emery akur dengan kekalahan pasukannya dan menganggap prestasi pasukannya tidak sama dengan ketika mereka menewaskan City sebelum ini.

"Kami beraksi baik dalam situasi berbeza namun City hari ini menunjukkan kehebatan mereka dan berhak menang malam ini," kata Emery.

Dalam pada itu, Liverpool boleh merampas semula kedudukan pendahulu apabila mereka menerima kunjungan pasukan tercorot liga Sheffield United awal pagi esok.

Villa pula kini hanya dua mata mengatasi Spurs dalam persaingan kelompok empat teratas tetapi beraksi lebih satu perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-foden-benam-villa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list