CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5557|Reply: 0

[Melaka] LKM tamat tempoh, tiada insurans paling banyak dikesan – JPJ

[Copy link]
Post time 4-4-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode

LOKMAN (kanan) memeriksa seorang penunggang motosikal ketika Op Khas HRA 2024 di Jalan Tun Fatimah, Bachang, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sejumlah 14,683 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April hingga semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 7,785 notis dikeluarkan terhadap motosikal kerana gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Kata beliau, kesalahan paling banyak dikesan pada motosikal membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans iaitu sebanyak 3,283 kes manakala tiada lesen sebanyak 2,681 kes.

“Dalam tempoh dua hari ini juga JPJ telah memeriksa 59,771 kenderaan termasuk 25,841 motosikal pada Op Khas HRA 2024,” katanya pada sidang akhbar Op Khas HRA 2024 di Jalan Tun Fatimah, Bachang di sini, semalam.

Dalam pada itu, Lokman mengingatkan orang ramai agar peka dengan tanda laluan masuk dan keluar di 18 Smart Lane yang akan diaktifkan di seluruh negara.

Katanya, ia bagi mengalakkan orang ramai tersalah anggap pengguna jalan raya lain melakukan kesalahan dengan memasuki laluan kecemasan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... banyak-dikesan-jpj/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051444 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list