CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3099|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sebuah unit rumah Flat Taman Sentul musnah terbakar

[Copy link]
Post time 4-4-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular kejadian kebakaran sebuah unit kediaman di tingkat sembilan Flat Taman Sentul, Taman Dato Senu, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah kediaman tingkat sembilan di Flat Taman Sentul, Taman Dato Senu, di sini, musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 1.43 petang.

Katanya, seramai 21 anggota lain-lain pangkat dan lima jentera dikerahkan ke lokasi kejadian keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Gombak.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat sembilan.

“Kebakaran di sebuah unit kediaman sebanyak terbakar 95 peratus. Tindakan pemadaman menggunakan teknik offensive dan deffensive untuk mengawal kebakaran dari merebak,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 3.25 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ul-musnah-terbakar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.381085 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list