CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8240|Reply: 0

[Sabah] AIC jalin kerjasama laksana CSR lindungi haiwan jalanan

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:22 AM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Pihak penganjur dan pelajar AIC yang terlibat menjalin kerjasama menjalankan program CSR lindungi haiwan.

KOTA KINABALU: Almacrest International College (AIC) dan Persatuan Perlindungan Haiwan Kota Kinabalu menjalin kerjasama mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pusat Perlindungan Haiwan Furkids Animal Shelter Penampang.

Program berkenaan disertai lima pelajar AIC yang mengambil program Diploma Pentadbiran Pejabat bersama dua pensyarah yang juga penasihat program iaitu Mohamad Azril Sulaiman dan Pensyarah Undang-undang Abigail Colleen Chong.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk membersihkan kawasan tempat perlindungan haiwan, memberi makanan kepada haiwan serta menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan haiwan dan duit sumbangan yang dikutip daripada orang awam.

Mohd Azril berkata, antara matlamat program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan melindungi haiwan terutamanya anjing, menghilangkan stigma dan pandangan negatif orang awam terhadap anjing serta peranan yang dimainkan oleh pusat perlindungan haiwan Furkids Animal Shelter.


PRIHATIN: Hallycia memberi makanan kepada anjing-anjing di Pusat Perlindungan Haiwan Furkids Animal Shelter Penampang.

Katanya, program itu juga mampu meningkatkan keprihatinan dan ambil peduli dalam kalangan belia berkaitan dengan isu yang melibatkan hak haiwan.

Selain itu jelasnya, ia turut menggalakkan golongan belia terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawan yang dilihat semakin berkurangan dalam kalangan belia pada masa kini.

Sementara itu, ketua program Hallycia Kuesen bersyukur kerana terlibat dengan program berkenaan yang bukan sahaja memberi impak positif serta menerapkan nilai-nilai murni, tetapi pada masa sama meningkatkan nilai kemanusiaan pelajar.

Menurutnya, aktiviti itu menambah kesedaran pelajar berkaitan dengan isu haiwan jalanan terutamanya anjing serta nasib haiwan terbabit sekiranya tidak diberikan perlindungan.

Pusat Perlindungan Haiwan Furkids Animal Shelter ditubuhkan pada bulan Mac 2022 oleh seorang aktivis dan sukarelawan penyelamat haiwan yang dikenali sebagai Jimmy.

Beliau meletakkan matlamat penubuhan pusat perlindungan haiwan itu untuk meningkatkan kesedaran orang awam berkaitan dengan pusat perlindungan haiwan.
Katanya, usaha itu memberi kepuasan kepada dirinya dalam menyelamat dan memberi perlindungan kepada haiwan.

"Setakat ini sebanyak 27 ekor anjing ditempatkan di pusat perlindungan ini dan anjing-anjing ini ada yang diselamatkan dari jalanan dan ada yang dihantar oleh orang awam.

"Saya berharap, melalui program ini lebih banyak pihak terutamanya Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), badan kerajaan akan bekerjasama dan melaksanakan program seperti ini.

"Isu berkaitan dengan haiwan jalanan adalah  isu yang perlu dibendung sebelum ia menjadi lebih teruk pada masa hadapan dan salah satu jalan penyelesaian ialah perlunya kesedaran, kerjasama dan semua pihak perlu memainkan peranan," jelasnya.

Beliau berkata, kelangsungan pusat perlindungan haiwan ini bergantung kepada sumbangan ikhlas orang awam.

Sehubungan itu katanya, mereka yang ingin menyumbang dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh merujuk di laman Facebook Furkids Animal Shelter.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058008 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list