CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9198|Reply: 0

[Sabah] PPM serbu rumah, rampas 166 karton minuman keras

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:46 AM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian minuman keras yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di sini.

TUARAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 166 karton minuman keras yang dipercayai diseludup dalam serbuan sebuah rumah di Tamparuli di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, serbuan kira-kira jam 3 petang itu merampas pelbagai jenama minuman keras yang dipercayai tidak bercukai dianggarkan bernilai RM27,148.

Beliau berkata, serbuan menerusi operasi Op Khas Aidilfitri berkenaan dilancarkan berdasarkan maklumat awam.

“Selepas menjalankan operasi intipan selama dua jam, pasukan operasi menyerbu rumah berkenaan dan menemukan 166 karton minuman keras pelbagai jenama.

"Hasil pemeriksaan lanjut juga menemukan longgokkan minuman keras pelbagai jenis yang disyaki tidak bercukai," katanya ketika dihubungi di sini.

Ahmad berkata, tiada sebarang tangkapan berjaya dilakukan berikutan rumah berkenaan ditinggalkan dalam keadaan pagar tidak bertutup dan pintu kaca rumah juga tidak berkunci semasa serbuan.

Katanya, pihaknya juga menunggu lebih dua jam di rumah itu namun tiada pemilik yang hadir menuntut barangan berkenaan.

"Pasukan operasi kemudian merampas semua barangan terbabit untuk siasatan mengikut Akta Kastam.

"Semua minuman itu dibawa ke Pejabat PPM Kota Kinabalu untuk laporan polis sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058381 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list