CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9741|Reply: 1

[Sarawak] Pemandu tular pandu laju di Pan Borneo dikenakan lima saman

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 05:52 AM | Show all posts |Read mode


Gambar yang dikongsi oleh JSPT Sarawak.

KUCHING: Polis mengeluarkan lima saman ke atas pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang videonya memandu laju di Lebuh Raya Pan Borneo tular di media sosial baru-baru ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu kenderaan 4WD tersebut turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan dijalankan bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"JSPT Sarawak terima aduan video tular yang dimuatnaik di media sosial oleh seorang individu yang memandu laju di Lebuh Raya Pan Borneo dari arah Saratok ke Betong.

"JSPT Sarawak mengarahkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kuching mengesan pemandu 4WD tersebut," katanya.

Tambahnya pada 2 April lalu, pemandu terbabit berjaya dikesan serta diarahkan untuk hadir di BSPT IPD Kuching.

"Pada 3 April, sekitar jam 10.30 pagi, pemandu terbabit telah hadir di BSPT IPD Kuching dan dia mengakui perbuatan serta kesalahannya tidak mengikuti peraturan trafik di jalan raya," katanya.

Selain itu, dia juga sedar bahawa dia tidak sepatutnya memandu sedemikian.

"Sebanyak lima saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan kepada pemandu berkenaan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

"Kenderaan telah ditahan di bawah Seksyen 60 (1) APJ 1987 untuk tindakan lanjut oleh JPJ," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 01:05 AM | Show all posts
Kereta laju buat apa bawa perlahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.423076 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list