CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2776|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dr Akmal bukan ditangkap tapi dipanggil untuk siasatan - PM

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Dr Akmal bukan ditangkap tapi dipanggil untuk siasatan - PM

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

05 April 2024 05:11pm








Anwar hadir mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang sempena lawatannya di Komtar hari ini. Turut bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Foto Bernama




GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Dr Muhamad Akmal Saleh bukannya ditangkap, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO itu sebelum ini.

"Saya rasa itu bukan tangkapan, dia (Akmal) dipanggil untuk disiasat," katanya selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Pejabat Ketua Menteri, Komtar di sini pada Jumaat.



Terdahulu Anwar disambut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan beberapa pimpinan kerajaan negeri di Lobi Komtar, pada jam 2.30 petang.

Anwar kemudiannya dibawa ke Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Komtar untuk sesi taklimat berkenaan.



Mengulas lanjut, Anwar turut mengingatkan mana-mana pihak tidak sesekali menggunakan isu stoking tertera kalimah ALLAH ataupun isu-isu sensitif lain untuk menghasut.

Menurutnya, kerajaan juga tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang mencabar institusi negara dan Perlembagaan tidak kira dari parti atau kedudukan seseorang itu.

"Jangan kita guna isu ini atau isu-isu lain untuk menghasut. Itu yang penting. Sama ada orang Islam atau bukan Islam.

"Jadi saya telah tegaskan dan saya perlu tekankan, kita tidak akan tolak ansur.




"Tidak peduli siapa, kedudukan dia, parti mana.

"Jangan diugut, sekiranya diambil tindakan apalagi kalau menyentuh 3R (agama, kaum dan raja-raja)," katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, tonggak institusi negara perlu dipertahankan termasuk prinsip Perlembagaan, hak Islam dan bukan Islam.

"Jika menyentuh kedudukan raja-raja terutamanya (itu yang dibangkitkan oleh Majlis Raja-Raja), jangan kita bertolak ansur.

"Institusi negara tonggaknya mesti dipertahankan, termasuk prinsip Perlembagaan, hak islam, hak bukan islam, semua itu tertera dalam Perlembagaan.

"Sekiranya mencabar, kita akan ambil tindakan tegas dan kalau disiasat, ditangkap, didakwa dan dihukum, itu jangan pertikai," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Ketua Pemuda UMNO itu dipanggil ke di IPD Kota Kinabalu sebaik tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Beliau sebelum itu sudah memberi keterangan selama dua jam setengah sebelum dipanggil semula sekitar jam 12 tengah hari.

Difahamkan keterangan tersebut diambil berkaitan dengan satu laporan polis berhubung Akta Hasutan membabitkan sebuah video ceramah beliau di Kelantan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.289722 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list