View: 8048|Reply: 11
|
Hanya 4 Minit Bergelap Kerana Gerhana Matahari Isnin Depan
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU – Fenomena gerhana matahari penuh yang dijangka berlaku di Amerika Utara pada Isnin ini tidak mungkin akan menyebabkan Hari Raya Aidilfiri disambut awal mahupun menyebabkan bumi bergelap tiga hari seperti didakwa segelintir pihak.
Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Ts. Dr. Roslan Umar berkata, gerhana matahari yang hanya boleh dilihat dalam tempoh kira-kira empat minit di beberapa negeri di Amerika Syarikat dan Kanada berkenaan tidak akan memberi kesan kepada cerapan anak bulan bagi penentuan 1 Syawal di negara ini.
“Antara syarat utama penentuan hilal (anak bulan) ialah matahari telah terbenam sedangkan sewaktu gerhana penuh itu berlaku waktu masih siang tetapi cuma matahari dilindungi sebentar oleh bulan yang berada pada kedudukan selari dengan bumi.
“Apatah lagi fenomena gerhana matahari penuh tersebut hanya boleh dilihat di benua Amerika Utara sekali gus tiada kena-mengena dengan negara kita yang terletak di garisan Khatulistiwa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan kononnya bumi bakal bergelap selama tiga hari dari Isnin hingga Rabu ini disebabkan fenomena gerhana matahari penuh berkenaan.
Segelintir pihak juga mengemukakan teori kononnya Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Rabu ini bakal disambut awal disebabkan fenomena alam terbabit.
Roslan berkata, fenomena gerhana bulan penuh itu juga mustahil menyebabkan seluruh bumi bergelap selama tiga hari seperti didakwa.
Jelas beliau, dakwaan itu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya bumi tidak lagi mengorbit mengelilingi matahari seperti kelaziman.
“Gerhana matahari merupakan fenomena alam biasa yang boleh berlaku antara dua hingga lima kali setahun melibatkan kawasan tertentu.
“Ia hanya berlaku beberapa minit malah Malaysia juga dijangka akan mengalami gerhana matahari penuh pada 12 Ogos 2026,” katanya.
Sehubungan itu, Roslan menasihatkan orang ramai agar mengamal sikap “tabayyun” iaitu selidik atau semak dahulu sebelum sebar seperti dalam seperti dalam surah Surah al-Hujurat: ayat 6. Orang ramai juga jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan bukan-bukan tidak sahih sebaliknya mengambil peluang menikmati fenomena alam kurniaan Allah itu dengan ilmu sains.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Flat-earther tersenyum sinissss? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 6-4-2024 07:03 AM
Mengarut jahhh yang kata bumi bergelap 3 hari, ingat dah Armageddon ke haper?
Dan tak mungkin puasa awal sebab selasa baru 29 Ramadan, takde makna raya terkezut
Tapi yang penting, air terpaling sochi berpuaka hakikatnyeh air ujikaji berpuaka raja segala AEFI durjana dan pembuat serta pemaksa yg paksa org suh cocok yg patot kekal selayaknya di neraka jahanam selamanyeh ha gaytuhhh!!!!!!!! Puihhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas teori bergelap17 takjadi dikurangkan kpd bergelap3 pulak ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Translator
When looking at a solar eclipse, make sure you wear specialized glasses in order to protect your eyes. Because the sun's rays are super strong, looking directly into your eyes can hurt. Ordinary sunglasses or sunglasses won't work, you have to use specialized glasses made of light-reducing lenses or films. Don't stare all the time when you look, take a break after a while. In addition to glasses, you can also use a pinhole projection box, welding goggles or other specialized tools to see the eclipse, which is safer. |
|
|
|
|
|
|
|
Omputih kemain speku macam2 pasal gerhana ni bagai tiada hari esok. Boleh tahan kepochi. Huntong lah golongan elite masing2 ada bunker. |
|
|
|
|
|
|
|
3 days of darkness will occur when the earth passes through the 'Photon Belt'.This is as the earth enters and passes through this belt.
There will be no sunlight, no moonlight on the earth's surface.
Photons are electromagnetic particles that travel at the speed of light and will act as a barrier or temporary shield around the earth, preventing the light of the sun or the stars from passing through it.
This is expected to last 72 hours or 5 days.
There are no breaks or periods of light.
During the 3 days only darkness.
Recommendation:
Stock up on food, water, candles, other essential items.
All sunlight will be blocked and solar panels will not generate energy.
Stay at home and avoid travelling for safety reasons.
The sunlight will return to the earth marking the beginning of the golden age.
*ada bau-bau kari dari kultus 3 serangkai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kecik-kecik malas belajar, dah besar tua kutuk sibuk nak jadi ahli ilmu falak, angkasawan, konspirator.
Sumber pun setakat google. Kata bodoh nanti marah |
|
|
|
|
|
|
|
Solar eclipse berlaku di US. Patutlah kecoh.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 8-4-2024 09:42 AM
Solar eclipse berlaku di US. Patutlah kecoh.
Bulan sudah gerhana tetapi masih menganggap Badrul Muhayat |
|
|
|
|
|
|
|
pUAK ZIONIS YAHUDI KATA dAJJAL MUNCUL MASA GERHANA ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|