CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2175|Reply: 0

Syarat Postecoglou beli pemain baharu

[Copy link]
Post time 6-4-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode

POSTECOGLU impi bawa Spurs ke UCL musim depan.

London: Pengurus Tottenham Ange Postecoglou, 58, berkata dia tidak berminat menandatangani pemain yang hanya mahu menyertai kelab jika mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Spurs kini menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan lima pasukan teratas layak ke Liga Juara-Juara yang mengalami perubahan musim depan.

Namun Postecoglou berkata dia tidak bimbang dengan implikasi kewangan jika Spurs gagal ke kejohanan itu.

"Saya mahu orang yang mahu datang ke Tottenham," kata Postecoglou.


"Saya tak mahu pemain yang hanya tertarik dengan Liga Juara-Juara kerana mereka tak mahu datang ke Tottenham, mereka hanya mahu bermain di UCL.

"Saya mencari beberapa karakter. Kami mempunyai dua jendela setakat ini dan saya tiada isu membawa masuk pemain saya mahu walaupun tidak beraksi di UCL."

Spurs minggu ini dilaporkan mencatat kerugian empat tahun berturut-turut berjumlah £86.8 juta (RM520.7 juta) dalam akaun 2022-23 dan pengerusi Daniel Levy berkata, kelab sedang berunding dengan beberapa pelabur berpotensi.

Di sebalik kerugian itu, Tottenham yang menduduki tangga kelapan musim lalu menyaksikan pendapatan meningkat 24% kepada £549.6 juta (RM3.29 bilion) dan mereka tidak berdepan risiko menyalahi peraturan keuntungan EPL.

Spurs kini dua mata di belakang pasukan di tangga keempat Aston Villa yang beraksi lebih satu perlawanan dan sembilan mata di depan Manchester United yang menduduki tangga keenam.

Dengan baki lapan perlawanan, mereka menerima kunjungan Nottingham Forest pada awal pagi Isnin ini dan selepas gagal menamatkan kemarau trofi 16 tahun Tottenham, Postecoglou berharap dapat mencapainya pada kempen akan datang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -beli-pemain-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.084951 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list