CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5698|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Semoga tiada lagi alasan 'tidak tahu'

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode

KANAK-kanak bukan Islam melakukan aktiviti jelajah Masjid Sri Sendayan, di sini, petang semalam dan mempraktikkan ilmu mengambil wuduk serta solat. FOTO AHMAD HASBI

Seremban: Sebelas kanak-kanak tadika bukan Islam teruja diberi pendedahan berkaitan cara orang Islam beribadat dan berbuka puasa di ibadat Program Jelajah Masjid Kanak-Kanak Bukan Islam di Masjid Sri Sendayan di sini, semalam.

Program dianjurkan Tadika Tepuk Amai-Amai di Seremban 2 dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Negeri Sembilan.

Guru tadika berkenaan, Gan Kah Hwee, 37, berkata sebelum ke masjid, pihaknya sudah mengajar murid mereka mengenai asas agama Islam di sekolah.

"Tujuan kami membawa murid ke masjid adalah untuk mendedahkan mereka cara orang Islam beribadat dan mereka turut ditemani ibu bapa masing-masing selain membawa adik-beradik lain.

"Mereka diajar tentang wuduk, nama tuhan dalam Islam, kitab al-Quran, arah kiblat dan cara bersolat. Kami menyediakan buku nota kecil kepada anak-anak dalam tiga bahasa bagi memudahkan mereka faham.

"Selain saya sendiri yang memberi penerangan, ilmu praktikal diajar pihak Macma menggunakan bahasa Mandarin. Selain masjid, kami pernah bawah murid ke kuil dan gereja," katanya.

Sementara itu, Gan Hao Zhi, 38, bapa kepada salah seorang peserta berkata, selain menemani anaknya yang teruja untuk ke program itu, dia sendiri mengambil kesempatan untuk masuk ke masjid berkenaan yang terkenal.

"Anak saya teruja untuk menyertai program ini malah memilih memakai baju kurung dan tudung.

"Bagi saya aktiviti seperti ini wajar dipuji kerana memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai agama lain. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai pengetahuan asas," katanya ketika ditemui.

Naib Presiden Macma Negeri Sembilan, Robert Ta Honn Yu berkata, dalam konteks Malaysia, aktiviti itu dilihat sebagai salah satu tangga perpaduan kaum.

"Sekurang-kurangnya mereka sejak kecil sudah didedahkan dengan pengetahuan asas mengenai Islam. Tiada lagi alasan 'tidak tahu' jika menyentuh sensitiviti agama lain walaupun tinggal di Malaysia selama berpuluh tahun.

"Sebenarnya ramai bukan Islam yang mahu masuk dan melihat masjid, namun mereka tidak tahu caranya atau tiada pihak yang mahu melayan tidak seperti kawasan pelancongan.

"Jadi hari ini ibu bapa anak-anak ini juga secara tidak langsung didedahkan dengan keindahan Islam dan dalam masa sama boleh menarik mereka mengenali Islam dengan lebih dekat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-alasan-tidak-tahu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.291697 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list