CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5605|Reply: 0

[Kedah] Dua sepupu maut motosikal langgar tiang rumah

[Copy link]
Post time 6-4-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Gambar kenangan Allahyarham Nur Aina Suhaila (kiri) dan sepupunya, Ni’matul Ain.

SIK – Dua sepupu maut setelah motosikal yang ditunggang mereka melanggar tiang sebuah rumah di Kampung Sungai Senam, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu Nur Aina Suhaila Mohd. Sukri dan Ni’matul Ain Muhammad Rizuwan yang masing-masing berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mereka menaiki motosikal jenis Honda RS150R dari arah Kampung Chong menghala balik ke rumah di Kampung Sungai Senam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Nur Aina Suhaila yang menunggang motosikal itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terlanggar tiang rumah di bahu kanan jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir tercampak ke bahu jalan yang tidak bertar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, perlanggaran itu juga menyebabkan tiang rumah berkenaan tumbang dan kedua-dua mangsa dipercayai tidak memakai topi keledar semasa kejadian- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... anggar-tiang-rumah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.542739 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list