CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3083|Reply: 0

[Pulau Pinang] Elak terbabit amalan riba dalam mana-mana keadaan - Mufti

[Copy link]
Post time 6-4-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode

WAN Salim Wan Mohd Noor. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Umat Islam hendaklah mengelakkan daripada terbabit dengan amalan riba dalam mana-mana keadaan kerana hukum riba adalah haram.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, secara umumnya, riba terbabagi kepada dua kategori iaitu riba fadhli dan riba nasi'ah.

Beliau berkata, riba fadhli berlaku apabila wujud pertambahan dalam pertukaran barang yang sama seperti menukar segantang beras kategori A dengan segantang dan secupak beras kategori B, jadi yang lebih secupak itu adalah riba.

Menurutnya, riba nasi'ah pula adalah pertambahan bayaran balik pinjaman kerana masa yang tertangguh.


"Contohnya A meminjamkan wang sejumlah RM500 kepada B dan memberi tempoh membayar balik selama sebulan dan apabila B gagal melangsaikan hutang itu dalam tempoh yang ditetapkan, maka A mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM100 jadi tambahan ini adalah riba.

"Dalam suasana kegembiraan menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia, janganlah sampai mengabaikan hukum Allah SWT termasuk dalam pertukaran duit raya.

"Ingatlah perayaan di dalam agama Islam berkait rapat dengan ibadat, maka perlulah barhati-hati supaya tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada dosa yang merugikan di akhirat kelak," katanya.

Hari ini, Harian Metro melaporkan bahawa wujud kemungkinan proses transaksi pertukaran duit raya terpalit dengan dosa riba kerana tidak memenuhi syarat syarak.

Wan Salim berkata, individu yang sebelum ini tidak mengetahui tentang riba iaitu jahil dalam urusan berkenaan tidak berdosa namun selepas mendapat maklumat, perlu berhati-hati.

Katanya, seorang Muslim yang menginsafi kesalahan yang pernah dilakukannya adalah dinasihatkan supaya segera bertaubat dan berazam tidak akan melakukan semula kesalahan yang sama.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mana-keadaan-mufti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053954 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list