CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7439|Reply: 31

[Tempatan] Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah

  [Copy link]
Post time 6-4-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 6-4-2024 04:50 PM

Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah


Oleh HAMIZAH GUNAWAN
MASSA
Sabtu, 06 Apr 2024   1:28 PM MYT



Longgokan sampah di tepi semak sepanjang jalan di Lebuh Raya Kuala Lumpur menghala ke Gua Musang, Kelantan pada Jumaat. — Facebook

MESKIPUN Malaysia menjadi antara negara maju daripada sudut ekonomi dan pembangunannya, namun sikap sambil lewa masyarakat masih menjadi persoalan.

Ia selepas melihat keadaan kawasan jalan di Laluan Persekutuan Malaysia 8 yang lebih dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang, Kelantan yang dipenuhi dengan sampah dipercayai angkara perbuatan sesetengah individu tidak bertanggungjawab, khususnya setiap kali menjelang cuti perayaan.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Zack Yaakub pada Jumaat, situasi tersebut sememangnya memberi imej buruk kepada negara.



Kawasan jalan dipenuhi dengan sampah.

Beberapa gambar yang dikongsikannya itu memaparkan betapa rendahnya kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kebersihan sesuatu kawasan.

Turut dilihat sampah plastik makanan dan minuman dibuang secara merata di kawasan semak sepanjang jalan tersebut.

Susulan itu, pihak berkuasa dilihat membuang kesemua sampah sehingga kawasan itu bersih seperti sedia kala.

Hantaran tersebut juga menerima pelbagai kritikan dan persoalan warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan keadaan itu.



Gambar selepas dibersihkan oleh pihak berkuasa. — Facebook

Mengulas lanjut, seorang pengguna Twitter (X) @wentkt, perbuatan itu seolah-olah sudah sebati dalam diri masyarakat Malaysia.

"Teruk juga ni. Macam trademark kot buang sampah di sini," luahnya.

Namun, ada pula suara mengatakan bahawa ia berlaku disebabkan mentaliti segelintir rakyat Kelantan yang tidak dapat diubah.

"Aku duduk Kelantan dah dekat puluh tahun sebab kerja sini. Memang majoriti tempat atau kawasan rumah di Kelantan memang macam ini.

"Memang mentaliti macam tu dah jadi normalisasi. Nak cakap lebih-lebih takut kena sumpah," komen @YuiYunzArtist.

Sementara itu, orang ramai turut disarankan agar mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran serta dapat menerapkan lagi budaya membuang sampah di dalam tong sampah. — Majoriti


https://majoriti.com.my/netzkorn ... g-masih-tak-berubah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2024 04:15 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Makhluk2 semua ni mmg duduk bawah tempurung ke..tak baca news ke, forum ke, tgk fb etc ..berbakul2 dah org dok maki mmg tak reti base eh..???
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang..kn letak camera mcm camera utk kenderaan laju and then saman kenderaan yg buang sampah tu..sampan kaw2 sampai terduduk klu tak bila2 pun perangai x berubah set2 sskjp ni..dahlah opportunist
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
camne la nk jadi negara maju bab sampah org kita mmg fail.. kalah teruk ngan singapore.. takde sistem pengasingan sampah, mentality totally out..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Maklumlah di kampung dia pun hidup bergelumang dengan sampah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2024 06:32 PM | Show all posts
jujurnya iols tak rasa hairan pun sebab memang majoritinya bersikap begitu. Yang ada di sekeliling iols pun perangai gitu yach. Entahlah tak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
yg penting dia nak keta dia bersih

kesian alam flora
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Makkk ai banyak nya sampah... belum masuk sempadan negeri sskjp pun dah tunjuk perangai sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat gila sial ore sskjp ni.. perangai tahap flat pprt kencing tepi tangga
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak azali sskjp pengotor. Hok jate hok tino samo jah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:27 PM | Show all posts
Penyakit pengotor dan pemalas ni mmg paling susah nak dibuang...

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:33 PM | Show all posts
jgn fitnah org klate ok, yg buang sampah tu org2 sha ale, ampe,klei,slaye
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 10:07 PM | Show all posts
perangai malas , pengotor mmg susah nak ubah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ltk cctv live. Publickan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 6-4-2024 09:27 PM
Penyakit pengotor dan pemalas ni mmg paling susah nak dibuang...

tapi ngaku islam..camna tu

patut oang islam paling bersih..di segani orang agama lain

napa orang islam tak pikir mende ni esp yg kuat ceramah ..apanama tu majlis taklim?

setad UAI ada cite bab kebersihan tak?

klo bab hukum telan mani suami sme pakat ketawa sonok lawak...bila bab buang sampah sme pakat tadak otak..napa cam tu?

nabi nk ludah dia sapu kat  jubah kaa selendang dia..dia tak harkkkkk ptuihhh bila ludah

pastu cuci ler part ko sapu ludah

ni zaman ada disposable tisu..pe salah klo nk ludah sapu kat tudu tu pastu dispose thoughtfully

bawak plastik kecik..bleh buh poket..klo de sampah tadak tong..buh ler lam plastik beg..sme nk kne belajo

shortcut..instant..nk cepat..buangggg jek..kannn?? .pangai setan!!! oang islam mesia ni actually syaitan bertopeng manusia..sungguhhh!! sapa mkn babi dia ler terasa haram nya yer dak

berlagak kete berkilatttt..tapi pangai cam setan sampah main buanggg  gitu jek..tak tau malu nya manusia..tadak maruah..tadak kehormatan tapi konon golongan terbaik di muka bumi..fuck you!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 11:57 PM | Show all posts
No komen .. dah lama tak balik raya klate ...
Rumah adik ipar saya bersih
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Macamana sepahnya pantry opis aku,
so aku dah tak eran.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam penempatan rohingya je kotornya. Haritu aku lalu, bersih je highway csr tu. Tak malu ke parti isle yang tadbir negeri tu rakyat sendiri perangai macam ni? Benda basic kebersihan pun gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk betul perangai. Mesti org rohingya yg buat ni. Mustahil org dr serambi mekah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.085523 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list