CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6644|Reply: 0

KBS larang pasang struktur pentas konsert di padang Stadium Nasional

[Copy link]
Post time 6-4-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum sepak mula perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas membabitkan persediaan konsert di atas padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ).

Moratorium itu dikeluarkan Hannah susulan post-mortem atau bedah siasat yang dilakukan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) terhadap gelanggang rasmi Harimau Malaya itu pada Isnin lalu.

PSM dalam kenyataan, hari ini, menjelaskan moratorium menghalang sebarang

pemasangan struktur pentas dilaksana sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik.


"PSM mengadakan post-mortem pada 1 April 2024 bagi membincangkan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semasa perlawanan antara Malaysia dan Oman dalam Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

"Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Windsor John, Ahli Lembaga Pengarah PSM.

"Susulan daripada hasil post-mortem, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang

pemasangan struktur pentas yang membabitkan persediaan konsert di atas rumput sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik.

"Perkara ini sudah dimaklumkan kepada penganjur konsert pada sesi dialog antara Menteri

dan penganjur konsert semalam. Dialog itu turut membincangkan langkah yang boleh diambil oleh PSM untuk menyediakan fasiliti yang lebih sempurna.

"Penganjur masih boleh membuat tempahan, namun sebarang struktur pentas dan menara

bunyi adalah dilarang di atas padang. Ini langkah untuk tidak menjejaskan rumput di SNBJ dan memastikan rumput berada dalam keadaan optimum untuk perlawanan bola sepak yang akan datang," jelas PSM.

Sebelum ini, PSM sekali lagi menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak susulan keadaan padang SNBJ yang tidak berada pada tahap terbaik bagi aksi menentang Oman, 26 Mac lalu selepas konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran, Februari lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-stadium-nasional
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.397719 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list