View: 9883|Reply: 7
|
[Tempatan]
Jalan rosak sukarkan jentera bomba masuk, 14 rumah hangus di Nabawan
[Copy link]
|
|
Jalan rosak sukar jentera bomba masuk, 14 rumah hangus di Nabawan
https://www.freemalaysiatoday.co ... -hangus-di-nabawan/
FMT Reporters
06 Apr 2024, 03:40 PM
Kebakaran 14 rumah itu turut memusnahkan dua kediaman PPRT, dalam kejadian di Kampung Tikandis, pagi tadi. (Gambar JBPM)
Bomba berkata laluan ke lokasi mencabar kerana curam, selain jalan rosak dan tidak berturap.
PETALING JAYA: Jalan rosak, sempit serta tidak berturap menyukarkan jentera bomba masuk ke Kampung Tikandis, Nabawan, membawa kepada 14 rumah hangus termasuk dua kediaman Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Komander Operasi Balai Bomba Sook, Shellverinus Julius berkata, dua jentera bersama sembilan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian susulan menerima panggilan kecemasan, pada 9.16 pagi tadi.
“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan 14 rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya termasuk dua rumah PPRT dengan anggaran keluasan kebakaran 700 meter persegi.
“Operasi memadam dijalankan menggunakan satu aliran, satu pancutan menggunakan pam mudah alih,” katanya menurut Harian Metro.
Katanya, operasi dilaporkan terkawal pada 11.30 pagi dan usaha memadam bara api masih dijalankan.
Mengulas kesukaran jentera masuk ke lokasi, beliau menambah laluan ke lokasi juga curam dan jenis tanah merah licin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jalan kampung urusan PLB.
Jalan Negeri urusan Kerajaan Negeri.
Jalan Bandaran urusan Kerajaan Tempatan/PBT
Hanya jalan Persekutuan (Federal Route) urusan Kerajaan Persekutuan. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah dengar Kg Tikandas .... Nabawan... kat negeri mana ni..
berita dari PJ ?? |
|
|
|
|
|
|
|
nama pun tikandas . tu yg terkandas tu |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 9-4-2024 01:35 AM
tak pernah dengar Kg Tikandas .... Nabawan... kat negeri mana ni..
berita dari PJ ??
Sabah.
Bodoh punya wartawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tazzangka Sabah dekat Petaling Jaya |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu aku itu adalah betul. Ia adalah lokasi orang yg melaporkan berita tu, bukan lokasi kejadian berita tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 9-4-2024 04:39 AM
Setahu aku itu adalah betul. Ia adalah lokasi orang yg melaporkan berita tu, bukan lokasi kejadian ...
Bukan ke lokasi tempat? Dari kecik aku baca berita printed, nama tempat full capital letter tu lokasi / kawasan berlakunya kejadian tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|