CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4276|Reply: 0

Athletic Bilbao juara Copa del Rey

[Copy link]
Post time 7-4-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode

Athletic Bilbao meraikan kejayaan mereka menjuarai Copa del Rey selepas 40 tahun. -FOTO AFP

Seville, Sepanyol: Athletic Bilbao menamatkan penantian 40 tahun untuk memenangi Copa del Rey dengan menewaskan Real Mallorca 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat seri 1-1 selepas masa tambahan.

Pasukan Basque itu menjulang trofi buat kali ke-24, di belakang pemenang 31 kali Barcelona, ketika mereka mengetepikan pasukan bawahan Mallorca di stadium La Cartuja di Seville.

Dani Rodriguez meletakkan Mallorca di depan pada separuh masa pertama tetapi Oihan Sancet menyamakan kedudukan sejurus selepas rehat dengan kedua-dua pasukan terikat sehingga tamat perlawanan.

Penjaga gol, Julen Agirrezabala menyelamatkan sepakan penalti Manu Morlanes dan sepakan pemain Mallorca, Nemanja Radonjic tersasar melewati palang dengan pemain Athletic menyempurnakan keempat-empat gol untuk menghadiahkan mereka kemenangan.


Alex Berenguer menjaringkan gol penalti kemenangan untuk mencetuskan sambutan liar di kalangan segerombolan penyokong yang jauh menggembar untuk menyaksikan Basque.

Athletic kendalian Ernesto Valverde, yang tewas dalam enam penampilan sebelum ini di final, akhirnya berjaya menebus kehampaan dengan kemenangan yang sukar.

Selepas menewaskan Barcelona dan Atletico Madrid dalam perjalanan ke final, Los Leones berjaya merangkul trofi utama pertama kelab itu sejak liga domestik dan dua piala pada 1984.

"Ini luar biasa, kami mencipta sejarah," kata pemain terbaik perlawanan Nico Williams kepada TVE.

"Pasukan bekerja keras, peminat sentiasa bersama kami dan mereka berhak mendapatnya, saya sudah lama mengimpikan perkara ini."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -juara-copa-del-rey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.160683 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list