CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8009|Reply: 33

[Tempatan] Hanya tidur setengah jam sehari siapkan tempahan kuih

  [Copy link]
Post time 7-4-2024 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Hanya tidur setengah jam sehari siapkan tempahan kuih
Oleh
NORHASPIDA YATIM
07 April 2024 08:40am


Noor Fahera Atikah menunjukkan kuih durian cheese tart yang akan dihantar kepada pelanggan di sekitar daerah Marang dan Kuala Terengganu.

MARANG - Seorang pembuat kuih tidak menang tangan menerima tempahan sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal malah pernah tidur hanya setengah jam sehari semata-mata mahu memenuhi permintaan pelanggan.

Noor Fahera Atikah Azham, 28, berkata, dia menerima tempahan sehingga 3,000 biji pencuci mulut terdiri daripada pelbagai kek dan tart istimewa iaitu durian cheese tart yang menggunakan isi durian jenis D24.

Menurutnya, tempahan untuk setiap kuih yang dihasilkan itu akan ditutup sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali dibuka semula pada hari raya ketiga.

"Saya bersyukur sebab sepanjang Ramadan ini tempahan kuih yang saya hasilkan meningkat lebih-lebih lagi durian cheese tart yang mana sepanjang puasa sahaja sudah mencecah 1,000 biji.


Dekorasi durian cheese tart memerlukan ketelitian kerana bentuknya mirip durian sebenar.

"Pembuatan kuih ini agak rumit jadi kalau tak ada pembantu saya terpaksa buat sendirian.

"Kalau terlalu banyak tempahan biasanya saya tidur hanya satu jam atau setengah jam.

"Pernah juga seharian tak tidur sebab terlalu banyak tempahan masuk.

"Saya buat sendiri kuih dengan dibantu adik-adik. Saya juga buat penghantaran (COD). Sebab itulah kadang-kadang tak sempat nak tidur.

"Makan pun tak sempat sebab bila balik COD sambung lagi untuk yang nak ambil sebelah petang atau malam," katanya kepada Sinar Harian.

Noor Fahera Atikah berkata, kuih-muih yang dijual itu dihasilkan di rumahnya di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong di sini.

"Saya belajar hasilkan durian cheese tart ini melalui media sosial.

"Istimewanya kuih ini isi dalamnya tu kita guna isi durian asli dan dekorasinya sama seperti durian sebenar.

"Saya juga belajar cara-cara untuk ajar cara campur pewarna untuk dapatkan warna duri durian seperti durian sebenar.

"Masa mula-mula buat tu saya ambil masa selama tiga jam untuk hasilkan sekotak durian cheese tart yang mengandungi 25 biji kuih.

"Sekarang saya dah biasa jadi dalam sejam sahaja dah boleh siapkan bahagian untuk duri kuih ini," katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai itu berkata, banyak cabaran untuk menghasilkam durian cheese tart.

"Kuih itu perlu disimpan di tempat sejak dan perlu sentiasa menghidupkan penyaman udara untuk pastikan ia tidak cair.

"Kalau cair perlu masukkan ke dalam peti sejuk dan keluarkan kembali untuk dapatkan tekstur yang sesuai.

"Bahan-bahan untuk kuih ini juga naik harga macam cream cheese, tepung, gula.

"Dulu mula-mula buat tart cream cheese harga RM45 sahaja sekarang harganya naik mendadak kepada RM65," ujarnya.

Menurut Noor Fahera Atikah, harga bagi durian cheese tart dijual bermula RM30 sehingga RM100 untuk 10biji hingga 36 biji dan RM15 hingga RM100 bagi kuih lain.

"Untuk kuih cheese tart painting pula harganya bergantung kepada reka bentuk yang dimahukan pelanggan.

"Selain itu, saya juga hasilkan brownies, burnt cheesecake, cheese painting yang berasaskan cream cheese," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 03:13 PM | Show all posts
meanwhile dekat benang sebelah
peniaga complain kuih raya x laku
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kreatif... Utk wat hantaran ok la kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 03:19 PM | Show all posts
Nanti @aechae tempah dan cuba. Sedap ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kreatif nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kretip comei org puang kiter. eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kreatifnya. pnatnya nk siapkn bentuk2 mcm tu. nmpak sdap pulak tu.  tp xckup tidur bahayakn badan boleh bawa maut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku mau biol kepala hotak tak cukup tidor..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah comei gitu nak makan pun sayang... comei kuih macam tuannya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai..cutenya
Tak hairan lah ramai pembeli nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
i ada kakak selalu imsomnia... doktor suruh dia buat benda2 yg perlukan fokus & ketelitian tapi tak gunakan otak sgt 8 jam malam yg tak boleh tidur tu... contoh buat teka silangkata atau sudoku , main game mmg tak dibenarkan langsung lah. Kakak i ambik tempahan buat praline (coklat)
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 7-4-2024 06:06 PM
i ada kakak selalu imsomnia... doktor suruh dia buat benda2 yg perlukan fokus & ketelitian tapi tak  ...

Sedap tak praline dia? Juai kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah lama tak makan blueberry cheese tart..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 7-4-2024 07:41 PM
Tinot7 replied at 7-4-2024 06:26 PM
Sedap tak praline dia? Juai kat mana?


Dia iklan kat fb ... ramai je org order ngan dia.. masa tu la. Masa tu dia duk kat i-city (skrg rumah tu pemaju ambik balik ~ dia tak kaya sgt yach, tapi jadi okb lepas menang saman pemaju pasal rumah tu... 1 baris rumah tu semua dpt pampasan ~ kira rezeki dorang lah kan)

tapi skrg tak buat dah praline tu.. sebab makin dia kena fikir macam2 makin hidup dia dpt susah.... salah dia jugak lah.. kalau last minute org nak beli (order) just say NO  & patut dia kena tahu 8 jam sehari tu boleh buat brp .. mission not accomplished

skrg dia buat benda2 yg tak libatkan org lain.. spt lap kaca kat pintu tingkap  (rumah dia byk sgt kaca, mmg sparkling clean hari2) masa pkp dia dptkan rawatan  accupunture pulak... i tak tanya sgt pasal imsomnia dia sbb sejak dah berumur ni dia macam sensitif sikit i rasa imsomnia mmg penyakit yg susah nak baik betul2
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 7-4-2024 06:42 PM
Wah lama tak makan blueberry cheese tart..

u balik ganu bila2 boleh la beli durian cheese tart yg lawa ni... tapi ni bukan blueberry cheese tart lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 7-4-2024 06:54 PM
u balik ganu bila2 boleh la beli durian cheese tart yg lawa ni... tapi ni bukan blueberry cheese t ...

Tart durian i tak berani nak beli hahahaha..

Blueberry tu biasa beli dulu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup tido pastu buat COD lagi
Hati2 aje la jgn tertido masa on the road
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:20 PM | Show all posts
salut bro..

hidup ini keras sbb itu kena berjuang untuk survive
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
X boleh ka mkn durian+chesee+tart serentak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 7-4-2024 06:06 PM
i ada kakak selalu imsomnia... doktor suruh dia buat benda2 yg perlukan fokus & ketelitian tapi tak  ...

iols main sudoku sblm tido
terus ralit tak tido2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.486591 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list