CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6243|Reply: 0

Giliran West Ham anjur majlis berbuka puasa

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:53 PM | Show all posts |Read mode

Kurt Zouma, Hawa Cissokho dan Rayan Oyebade menyertai komuniti setempat menghadiri majlis berbuka puasa di pusat latihan West Ham United, Chadwell Heath. – Foto whufc.com

LONDON: Kapten West Ham, Kurt Zouma menyertai warga komuniti setempat pada satu majlis iftar istimewa di pusat latihan kelab itu, Chadwell Heath sempena bulan Ramadan kali ini.

Zouma bersama penolong kapten pasukan wanita West Ham, Hawa Cissokho dan pemain akademi Rayan Oyebade yang juga beragama Islam, menghadiri majlis berbuka puasa itu yang dianjurkan The Hammers bagi tahun ketiga.

"Kelab banyak membantu saya dan pemain lain," kata Zouma kepada laman web rasmi kelab itu.

"Mereka sering berada di sini untuk membantu kami dan sedia memberikan kami minuman tambahan, makanan istimewa dan apa sahaja yang kami perlukan... sokongan kelab ini amat membanggakan saya.


"Ramadan bukan hanya mengenai tidak makan dan minum pada siang hari, tetapi ia juga mengenai lebih masa bersama keluarga dan menjauhkan diri daripada sikap buruk - seperti melekap di telefon pintar anda, menonton TV - dan sebaliknya makan bersama.



Solat Jumaat turut diadakan di pusat latihan West Ham United, Chadwell Heath. – Foto premierleague.com

"Anda berjumpa orang yang sudah lama anda tidak jumpa dan ia memberi banyak manfaat."

Zouma berkata, komitmen West Ham untuk mengeratkan hubungan antara kelab, pemain dan komunitinya ketika bulan Ramadan luar biasa dan harus dipuji, terutama mengenai sokongan mereka terhadap solat Jumaat.

"Mereka amat menyokong (dengan solat Jumaat) dan ia amat penting," katanya.

"Kami mempunyai imam kelab (Sheikh Khalil) yang datang bagi mengimamkan solat Jumaat. Saya amat bangga menjadi sebahagian daripada kelab yang menyokong kami dalam setiap perkara dan kami boleh menjaga agama kami dengan cara sebaik mungkin."

Ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris pertengahan minggu ini, aksi dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada pemain beragama Islam yang menunaikan ibadah puasa untuk berbuka puasa secara ringkas termasuk aksi Newcastle menentang Everton, yang mana pemain Everton, Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure berbuka puasa.

Begitu juga aksi antara Liverpool dan Sheffield United yang dihentikan ketika perlawanan berlangsung bagi membolehkan Mohamed Salah dan Ibrahima Konate serta pemain Sheffield, Anel Ahmedhodzic berbuka puasa. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ajlis-berbuka-puasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048271 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list