Permohonan maaf Salman kepada isterinya dikongsikan di Instagram Era.je
PETALING JAYA – Seorang lelaki terpaksa beraya seorang diri di ibu kota apabila isterinya lebih awal pulang ke Sarawak selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.
Pengakuan itu dibuat Salman selepas ditanya oleh geng 3 Pagi Era di Jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi.
Menerusi perkongsian video di Instagram Era.je itu, lelaki tersebut berkata, punca perbalahan dia dan isteri adalah disebabkan masalah kerja.
Katanya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja tanpa berbincang dengan isteri sehingga membuatkan wanita itu terasa hati dan bertindak pulang ke kampung sendirian.
Dalam nada yang sayu dan terketar-ketar, Salman secara terbuka memohon maaf kepada isterinya dan mengakui tindakannya itu adalah satu kesilapan.
“Assalamualaikum sayang, abang nak minta maaf atas segala yang abang dah sakitkan hati sayang.
“Abang harap sayang maafkan abang sebelum hari raya ini. Abang doa sayang maafkan abang dan kita boleh raya bersama tahun ini.
“Abang betul-betul minta maaf pada sayang. I love you (aku cintakan padamu) sayang,” luahnya.
Menjengaj ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan agar isteri Salman berlembut hati memaafkan suaminya itu selain mereka dapat berkumpul menyambut Aidilfitri bersama. – KOSMO! ONLINE
Post time 8-4-2024 05:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hr tu laki aku pun berhenti keje. Semggu sblm berhenti bg tau aku. Mmg kena marah la. Tp sebln lpas tu dpt keje baru. Aku tlg jgk recce2 keje kosg. Gj lg tgi tp pening plak kena jg org bwh. Aku ckp bertahan je la kejap 4 thn. Lpas tu ko nk pencen awal pun xpe la umo 50 thn. Nanti dia nk bwk grab lpas tu. Aku ok je tp bukan skrg. Aku paham je perasaan bini dia tu. Tp tgglkan laki sorg2 xpatut ler.
Post time 8-4-2024 06:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
green~tea replied at 7-4-2024 09:53 PM
Kadang2 aku baca betina perangai entitled or princess syndrome ni buleh rasa jadi sakit hati naik ...
kalau princess syndrome tu sahm yg memang tungkus lumus uruskan anak2, tunggu laki kat rumah, pastu setia kat laki (of course servis baik punya) , i ok lagi
yg i pelik, keje makan gaji tapi ada princess syndrome... semua laki sediakan (termasuk keta nak pegi keje) & urus , esp pasal anak2 ... laki yg keluar duit , laki yg anto ambik etc , kalau laki otstesen appoint (upah) org lain urus anak , tahap wife & anak2 nak makan pun laki urus semua
mmg dilayan macam pwincess laa... bday dpt bunga, nak make love kena honeymoon best2 jek.. & setiap 1 perkara nak kena berhadiah bagai.. laki struggle nak naik pangkat nak bayo insurans wifey berjota2... tapi .. dia nya setia kat boss , ikut ckp boss, ambik ati boss, bersocial ngan kekawan tu pentinggg sgt , me time tak sudah2... pastu gaji dia punya sorang2 sesen pun takkan contribute kat rumah tangga kecuali berjimba @ bagi hadiah memahal kat anak2 & manjakan anak (ye lah ko byk duit mmg tak berkira) ... siap sempat jual tupperware plak tu (atau tudung ke apa) macamkan tak cukup gaji nak meniaga part time kat opis
Post time 8-4-2024 06:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
green~tea replied at 8-4-2024 06:08 AM
I baca confession lelaki tersakiti dekat mein NGL twitter tu...
Terkejut i ada pompuan demand mc ...
i pernah gadoh ngan hb pasal benda ni la tapi terbalik kong lah... hb i yg ada bossy syndrome... hb yg demand kat i macam2, u terbalikkan lah cerita i pasal princess syndrome tapi benda tu hb i buat ... semua benda i nak kena pk & buat. . Gaji dia ? entah ke mana2... Masa dia? selain "berbakti" kat family sendiri, manjakan anak tahap membazir, terlalu generous sikit2 kesian kat org tu org ni... even stranger pun... sehinggalah one day i decide nak jadi sahm kebetulan memang i dah tak boleh perform keje (ada byk sebab, salah 1 sebab apa yg i buat tu dah tak untung sgt macam dulu2, so macam rugi je la masa & tenaga) & kebetulan pulak m-i-l meninggal, tiba2 hb ungkit macam2 .. salahkan i kenapa anak2 tak menjadi... serabut sungguh marriage i masa tu... *long story short* baru kutahu wujudnya pompuan2 yg ada princess syndrome.. fyi i tak panggil "princess syndrome" tapi i panggil "handicapped wife" atau "isteri oku" ye lorrhh macam tkde function kat rumahtangga , oku lah kan