CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7165|Reply: 0

Kualiti mesti jadi keutamaan FAM

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:26 AM | Show all posts |Read mode

DRUIJF (kanan) beraksi bersama PEC Zwolle di Liga Eridivisie Belanda selepas dipinjamkan dari Rapid Wien dikaitkan mempunyai darah Malaysia. - AGENSI

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui banyak proses yang perlu dilakukan sebelum dapat menyerap pemain bertaraf warisan ke dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya pada masa akan datang.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi mengakui pihak persatuan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pemain bertaraf warisan dengan hubungan ‘dua hala’ perlu dibuat untuk merealisasikan proses tersebut.

Kata Mohd. Yusoff, buat masa ini FAM hanya tahu beberapa pemain bertaraf warisan daripada laman media sosial, tetapi perkara itu tidak menjadi halangan andai mereka turut berminat menyarung jersi kebangsaan.

“Kalau ada pemain-pemain berdarah warisan berkualiti memang kita alukan kehadiran mereka. Buat masa ini, kita hanya dengar daripada media sosial dan ini juga bukan sumber rasmi.

“Cuma, FAM juga boleh mengambil langkah proaktif dan pegawai kita boleh dapatkan kesahihan dengan menghubungi pemain terbabit dan kedua-dua pihak boleh memainkan peranan.

“Apa yang pasti, proses ini hanya boleh berlaku jika pemain itu berminat dan kita pula kena menilai sama ada pemain itu berkualiti atau sebaliknya,” katanya kepada Kosmo!.

Sebagai rekod, berita mengenai pemain berdarah warisan kembali hangat pada minggu lalu selepas portal pencari bakat, frfuturetalents mendedahkan dua pemain di Eropah, Ethan Wheatley dan Ferdy Druijf memiliki ‘darah Malaysia’.

FAM sebelum ini turut mengesahkan bahawa kebanyakan nama pemain warisan kelab profesional di Eropah yang ditularkan di laman sosial adalah palsu.

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... jadi-keutamaan-fam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047903 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list