CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5809|Reply: 0

FECAFOOT 'boikot' perlantikan Brys

[Copy link]
Post time 9-4-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode

BRYS dilantik jurulatih baharu Cameroon. -FOTO AFP

Yaounde: Jurulatih baharu Cameroon, Marc Brys menandatangani kontrak tetapi pelantikan pengendali Belgium itu oleh kerajaan masih dipertikaikan kerana persekutuan bola sepak tidak menghadiri majlis menandatangani perjanjian itu.

Brys diberikan kontrak selama dua setengah tahun oleh kementerian sukan Cameroon tetapi persekutuan (FECAFOOT) tidak hadir pada acara pengenalan itu di Yaounde.

Minggu lalu, FECAFOOT mengkritik keputusan unilateral menteri sukan Narcisse Mouelle Kombito untuk melantik Brys yang berusia 61 tahun, yang tidak mempunyai pengalaman sebagai jurulatih pasukan kebangsaan dan tidak pernah bekerja di benua Afrika sebelum ini.

Presiden FECAFOOT, Samuel Eto'o mengeluarkan kenyataan meminta maaf kerana tidak dapat hadir pada acara perasmian.


"Kami mengucapkan terima kasih kerana menjemput kami ke majlis itu. Berikutan itu, kami memaklumkan kepada anda bahawa kami menerima surat itu dua jam sebelum majlis tersebut," tulis Eto'o.

"Malangnya, saya sibuk menguruskan pengebumian ayah saya dan atas sebab ini kami tidak dapat menghadiri majlis itu."

Pengebumian bapanya akan diadakan pada hujung minggu.

Eto'o menolak pelantikan Brys dan kini berada dalam perselisihan yang semakin mendalam dengan menteri itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ot-perlantikan-brys
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.052919 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list