View: 1773|Reply: 6
|
[Tempatan]
Jualan pelita panjut Aidilfitri merosot tahun ini
[Copy link]
|
|
Jualan pelita panjut Aidilfitri merosot tahun ini- Oleh KOSMO!
- 9 April 2024, 9:50 am
Mohamad Nor menunjukkan panjut buluh yang ditempah pelanggan di di kediamannya di Kampong Bukit Kuching Tengah, Jeram di Kuala Selangor baru-baru ini.
KUALA SELANGOR – Permintaan dan jualan pelita tradisional atau panjut di daerah ini mencatatkan kemerosotan ketara pada sambutan Aidilfitri kali ini.
Keadaan itu didakwa susulan kepelbagaian pilihan pelita moden di pasaran selain kurang kuasa membeli oleh pelanggan.
Pengusaha panjut, Mohamad Nor Airee Ibrahim, 33, berkata, permintaan bagi pelita itu masih ada, namun tidak setinggi seperti beberapa tahun lalu.
Jelasnya juga pembuat kraftangan, panjut buluh betung buatannya hanya menerima tempahan 400 batang berbanding 10,000 sebelum ini.
“Saya mula buka tempahan sebelum Ramadan, namun jumlahnya amat kurang sehingga kini.
“Selain pelbagai pilihan pelita lain, ia mungkin faktor kurang kuasa membeli kerana pelanggan sudah membelanjakan wang bagi pembukaan sesi persekolahan,” katanya kepada Kosmo! di sini.
Menurut Mohamad Nor Airee yang menetap di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, panjut didapati lebih lasak dan tahan lama berbanding pelita lain.
“Sepanjang membuat panjut sejak berusia 17 tahun, saya gunakan buluh betung asli yang boleh tahan selama beberapa tahun.
“Ia meliputi empat jenis iaitu dua sumbu, empat, 10 dan 16 sumbu dijual harga RM10 hingga RM80,” ujarnya.
Jualan pelita panjut Aidilfitri merosot tahun iniKUALA SELANGOR – Permintaan dan jualan pelita tradisional atau panjut di daerah ini kemerosotan ketara pada sambutan Aidilfitri kali ini.
www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang org dah pakai yg solar punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka makan tepung pelita sebab ada dawai kokot, nanti kencing gigi/tetanus |
|
|
|
|
|
|
|
banyak duit habis utk sekolah, yg lain2 tu tak penting |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 9-4-2024 10:34 AM
Sekarang org dah pakai yg solar punya.
Malam-malam tak ada matahari sebab matahari tengah gerhana |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2024 10:36 AM
Malam-malam tak ada matahari sebab matahari tengah gerhana
Matahari tengah gerhana tetapi menganggap badrul mengayat |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 9-4-2024 11:09 AM
Matahari tengah gerhana tetapi menganggap badrul mengayat
Bulan sudah gerhana tetapi masih menganggap Badrul Muhayat |
|
|
|
|
|
|
| |
|