CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3245|Reply: 0

[Pahang] Aidilfitri: Hujan legakan penduduk Kuantan, bantu padam kebakaran hutan tanah gambut

[Copy link]
Post time 10-4-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Aidilfitri: Hujan legakan penduduk Kuantan, bantu padam kebakaran hutan tanah gambut

Oleh Asrol Awang - April 10, 2024 @ bhnews@bh.com.my





[size=0.9]Anggota Bahagian Udara Ibu Pejabat JBPM memeriksa peralatan yang akan digunakan operasi memadam kebakaran di hutan tanah gambut di Gebeng, esok. STR/MOHD RAFI MAMAT






KUANTAN: Hujan melanda daerah ini sejak awal pagi ini memberikan sedikit kelegaan selepas cuaca panas dan kering berpanjangan sejak beberapa minggu lalu.

Ia juga sekali gus turut membantu memadamkan kebakaran hutan di beberapa kawasan di daerah ini yang menyebabkan cuaca berjerebu.

Cuaca lembap itu juga membantu anggota bomba dan penyelamat yang beberapa minggu lalu bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan gambut, belukar dan ladang di daerah ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata pihaknya menjangkakan operasi memadam kebakaran menggunakan dua helikopter di kawasan hutan Gebeng, di sini dan Rompin, mengambil masa antara dua hingga lima hari.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran di Gebeng dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari, manakala operasi di Rompin dijangka antara empat hingga lima hari.

Beliau memberitahu, kebakaran di kawasan Gebeng membabitkan hutan tanah gambut seluas empat hektar dan api hanya merebak dalam kelompok besar.

"Kita menerima bantuan Bahagian Udara Ibu Pejabat JBPM yang membekalkan dua helikopter untuk meninjau, seterusnya aktiviti pemadaman kebakaran di kawasan Gebeng dan Rompin.

"Helikopter jenis Mi17 akan digunakan untuk memadam kebakaran di Gebeng dan helikopter jenis Agusta digunakan di Rompin. Operasi memadam kebakaran di dua kawasan terbabit bermula esok," katanya.

Kebakaran hutan yang berpanjangan menjelang musim kemarau dilaporkan berlaku di Sungai Ular, Taman Pandan Damai dan Taman Indera Sempurna di sini pada 8 April lalu.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054347 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list