CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Slasher^^Buzz

Errr.....korang penah jumpe hantu ape? saje2 tau

    [Copy link]
 Author| Post time 24-5-2011 02:20 PM | Show all posts
mata merah? seram!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 02:45 AM | Show all posts
mata merah? seram!!
Slasher^^Buzz Post at 24-5-2011 14:20



mata merah dia bersinar macam api ..... sampai sekarang aku x leh lupa .....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:11 AM | Show all posts
alhamdulillah..takat ni lom penah terjumpe or terserempak lg..
tanak la aku jumpe dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 12:12 PM | Show all posts
aku penah kena kaco dgn munyik2 jah.. munyik air la.. munyik main2 pintu la.. tapi xpenah jumpe berdepan... seraaaaammmmmmmmmmm wwwoooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 03:20 PM | Show all posts
petua nak elak hantu ......jangan penakut sangat , jangan berani sangat ......buat biasa sahaja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 02:52 PM | Show all posts
owh seperti api....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2011 04:31 PM | Show all posts
aku ada banyak experience encounter makhluk ghaib ni time kat opis. opis aku kat Putrajaya. Bangunan mana terpaksa dirahsiakan.

Tahun 2009- Time tu aku dah kawen ngan hubby. kebetulan hari tu hari sabtu. tapi aku terpaksa datang ofis sbb nak selesaikan kerja. Pukul 10-12 tengah hari kejadian ni. Mula2 aku masuk ofis tu aku pelik nape aku dengar suara budak2 tengah riang ria bermain. Aku menceceh sorang2 'agaknya anak puan niza kot'... sbb puan niza selalu bawak anak2 dia datang ofis time weekend. Aku masuk bilik aku then siapkan kerja. sepanjang masa aku siapkan kerja tu aku mmg dengar dengan jelas suara budak2 tengah gelak (tapi time tu tak takut k sbb aku x fikir hantu time tu)...

Then aku nak balik, time tu around 12 tengah hari. aku ngan hubby pown keluar dari bilik aku dan menuju pintu. masa ni aku mmg jelas dengar suara budak2 tu. aku pon menceceh kat hubby 'budak2' ni main apa la sampai seronok sakan sgt ni...'siap aku gi intai bilik puan niza tapi mmg bilik gelap. terus 'gulpppp' telan air liur dan bunyi tu terus hilang. balik rumah aku tanya lagi hubby dia dengar tak suara budak2 tu? nak tau apa jawapan hubby??? dari mula masuk opis aku smp la nak balik tu dia tak dengar apa2 pong! aduhhhhh nak nanges kurasa!

2009-2010 - satu hari aku pi cari fail kat bilik fail. mcm2 dah pernah dengar pasal bilik fail ni tapi sape yang penah kena mmg kecut perut. bilik fail ni sgt besar n sunyi. aku masuk dan tawakkal jangan la benda alah tu kacau aku. aku berdebar2 time tu. tengah tekun cari fail tetibe aku dengar orang duk sorong tarik trolley. bunyi dia macam ni 'grongggg greenggggggg gronggggg grenggggggg' berulang2. cisss! mmg aku dah kena dah ni... aku buat derk lagi sbb fail2 tak jumpa semua. dalam hati duk kata ko jgn la kacau aku, aku nak cari fail ni... benda tu senyap jap. then tak berapa lama dengar lak bunyi orang goyang pintu almari fail... 'gungggg gunggg gunggggg' huhuhuhu... aku time tu capai je last fail then terus blah. huhuhu... dah le mengandung 3 bulan time tu.

2011 - kejadian berlaku baru2 ni aje. lebih kurang 3 minggu lepas kot. hari tu aku balik lambat. jam pukul 6.15 mcm tu. biasanya time mcm ni kawan2 aku ramai lagi time ni tapi kebetulan hari tu ramai balik awal. aku pulak terkedek2 nak ke tandas. suasana kat koridor mmg sunyi giler lah. aku pon jalan le kat koridor menuju ke tandas. time duk jenjalan tu aku nampak kelibat dari paras betis ke bawah. masa ni aku jalan menunduk dan sekali sekala aku pandang ke depan. masih kuterbayang benda tu punya betis MasyaAllah putih melepak mcm warna cat putih n pucat gitu. then aku nampak skirt dia labuh paras betis warna putih n kasut warna putih. korang tau tak kasut yang time kite darjah satu dolu2? time tu aku dah cuak giler dah tapi ntah dari mana aku jadi seeker la pulak, aku kejar kelibat tu tapi walla! mmg tak jumpa... laju je hilang.

then aku gi tandas... Nan hadooo kat tandas dia main kelip2 lampu lak. aku tawakkal je sbb nak amek air smyg. then kmdn aku balik bilik. After solat aku sambung buat keje, tetibe cursor mouse aku hilang dari skrin. puas klik n buang pasaNG smula mouse dari port tu tapi tak kuar jugak cursor. ok after 5 min mcm tu baru dapat cursor smula. then aku sambung keje, tetibe lak kuar kotak yang tanya samada aku nak save or not keje tu. terus cursor tu klik yes padahal aku tak sentuh lgsg. dalam hati cis celako ko nak suruh aku balik awal ye.. ko tak nak kasi aku buat keje ye... so aku bagi can la kat dia. aku pack2 barang n tutup laptop n ajak kawan sblh bilik aku pulang. huhuhu. satu pasal aku ni walaupong aku takut, besar mcm mana kepala aku pong aku akan make sure aku off laptop. hikhikhikhik.. tak tau nape. maybe it's a way for me to show to the ghost that i'm not afraid of him. hikhikhik.

note: yang pasal dengar bunyi sora budak2 tu disahkan kawan aku yang dia pong penah terkena. tapi kawan aku dah jadi arwah baru2 ni. sobsobsob. rindu dia.

Pasal bilik fail tu pong mmg ramai dah kena. siap diaorang akan tanya kalau kite terkocoh2 kuar tu 'ai puan dengar ape tadi? biasa le tu puan'... siap boleh buat lawak le pulakkkkk...

bunyi printer printing something pong dah biasa dengar walaupun tak pasang.

itu jelah story yang mampu ku kongsi. takde lah scary mana ponggg...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:54 PM | Show all posts
kejap .. pernah x kita terpikir kenapa antu2 mesia x pernah  jumpa kt UK ker london ker ?
mcm antu2 galah, cik pOn  .... aku rasa semua ni setan  yg menyerupai bentuk  jer ...

btw aku pernah jumpa hantu & kelibat  ......  tp x pernah jumpa antu2 tradisional
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2011 11:48 PM | Show all posts
kawan aku pulak,maksud aku bukan aku,pernah nampak keranda terbang masa dia tgah bawak motor.siap pintas dia dan landing betul2 di tengah jambatan yg dia nak lalu.eek
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 11:00 AM | Show all posts
tak penah jumpe dan taknak jumpe pun......
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 09:55 PM | Show all posts
adoi...baru ingat aku penah post cite tak habes kat sini....hehe...tu pon sebab momod medang kasi tacang...timekaseh daun keladi...

cite kedua yang aku nak cite hari tu sebenarnye pendek je...tak seram pon...
kejadian berlaku masa aku darjah 2 or 3....kira-kira 13-14 tahun lepas...(skema btol intro)...malam tu aku ngan ayah aku gi antar mak aku naik bas...dia nak gi penang, ada kursus...dah setel hal mak aku, dalam kul11++ malam, kitorang balik la...on da way balik, dah nak sampai umah dah pun....tetiba pas masuk simpang umah aku, aku nampak ada sorang pompuan tengah berjalan...pakai baju kurung putih...mula2 aku nampak dari belakang...memang clear la kan sebab dekat sangat2....rambut lurus panjang sampai ke pinggang...masa lalu sebelah 'dia' aku nampak 'dia' pakai cekak rambut kaler merah...tak nampak muka sebab tengok dari tepi...pastu terus pandang depan...

bila kete dah lepas ke depan sket baru aku terpikir...sapa yang aku nampak tu? dah la jalan sorang2 tempat sunyi...aku try tengok balik dari side mirror kete, dah takde dah pompuan tu....padahal jarak takde la jauh pon...tak sampai 10 langkah pon...ayah aku pon drive slow sangat2....biasa la, dah nak sampai umah kan...hehe...nak kata dia masuk mana2 umah kat situ memang tak logik...kat tempat aku nampak pompuan tu berjalan kiri kanan tanah kosong n diratakan untuk projek perumahan n nak naikkan pencawang telekom...pompuan tu patah balik? takkan cepat camtu skali hilangnya...dia nyorok? kalo ada tempat nak nyorok pon belakang pokok besar btol2 kat simpang tu la...kalo orang logik ke tiba2 nak nyorok belakang tu? nak tanya ayah aku, tapi mulut terkunci....so, diam je la....nasib baik la masa tu otak aku tak terpikir pasal hantu2 ni...kalo tak berpeluh2 gak rasanya nak tido malam... lagi pon mak ayah aku tak penah cite2 hantu untuk takut2 kan anak2 ke ape...sebab tu kot takde perasaan kalo nampak benda pelik2...

setiap kali lalu nak balik or kuar gi memana mesti teringat pasal pompuan tu...tapi takleh nak cite kat mak or ayah aku or sape2 je la....even nak cite kat member kat skolah pon tak terrrcite....sampai la aku form 3 rasanya...tak pon form 4...baru bleh bukak cite kat mak aku...mak aku cakap,"ok la tu....nasib baik dia tak tunjuk muka"... masa ni dah lama pindah umah....jauh dari umah lama aku....tu pon sebab mak aku start cite dulu pasal jiran kat umah baru aku nampak 'benda' lepak kat depan kubur hindu n kristian dekat2 area umah aku.... kalo tak, sampai skang pon tak tercite rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 10:07 PM | Show all posts
aku cuma nak tnya la kot korang taw..arwah atok aku meninggal sebulan yg lepas..dua mlm brturut2 baru-baru ni adik aku nampak cahaya atas bumbung rmh atok aku bila tgk dekat rupanya burung besar n bunyi mcm ombak ..apa menda tu ek
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 02:02 PM | Show all posts
thanks momod medang!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 05:37 PM | Show all posts
aku pernah nampak kelibat...
dan lain2 je...

yg lain2 tu kira hantu himpit dan juga jin penunggu umah je la....
pastu bebola api...maybe langsuir atau penanggal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 11:44 PM | Show all posts
Haha

Nak vote jugak!

I vote for toyol for my nenek dan lain2 untuk aku.



Toyol tu nenek aku yang jumpa ngan makcik aku.

Masa tu zaman hujung 60 an kot.

Masa tu nenek aku nak hantar lauk lebih kat kawan die, disebabkan masa tu baru lepas maghrib, da start gelap, dia ajak mak cik aku sekali temankan.

Nak dijadikan cerita, baru je lepas ketuk pintu gate kawan die, tiba2 je ada toyol kat bawah, kat kaki nenek aku.

Nenek aku cerita, dia kata die ingat lagi mata toyol tu merah menyala macam bijik saga, die tenung nenek aku ngan mak cik dalam2!

apa lagi, lepas da nampak toyol bertempiaran lari la nenek aku ngan makcik aku.

dia campakkan je lauk pauk tu

sampai je rumah 2-2 demam berjemaah seminggu, berak2 sekali.

rupanya memang kawan die tu bela toyol, nenek ak cakap la, wallahualam

so start dari tu nenek ak da hati2 nak g umah die

aku pulak berlaku masa aku darjah satu ke darjah dua

kat umah mak cik aku kat bukit badak klang.

masa tu aku ngan sedara mara aku dlm 3-4 orang keluar joging pukul 6 pagi

so kitorang kena lalu lorong gelap.

disebabkan semua masih kanak2 ribena, setiap kali ada kenderaan lalu je kat lorong tu, sedara2 aku yang besa2 ni cakap

'haaa!! kete x da driver!! haa!!!'

jadi aku yang kanak2 ni terjerit2 la

so nak dijadikan cerita, sebab da terkujat, kaki aku termasuk dalam lopak berlendir, geli ok!

so kitorang pun pergi la kat surau yang ada kat bwh bukit tu

dlm aku cuci kaki tetibe sedara aku ckp

'selalunya pintu tempat simpan usung keranda ni kunci, napa bukak ni? ni mesti ada orang mati ni!'

aku apa lagi, gabra la lari2

dalam kitorang lari2 tetibe je ada satu moto, saje je melintas depan kitorang.

moto dgn driver die  tu tak ada apape yg mencurigakan, tapi penumpang belakang tu yang mencurigakan.

perempuan tu pakai semua putih

rupa die aku da lupa

tapi sepanjang moto tu lalu depan kitorang, pompuan tu pandang kitorang x berkelip

kitorang pun ternganga sekali...

lepas motor tu mcm da jauh sikit, lepas die da lalu kat satu pokok besar dkt ngan stesen ktm tu, kitorang tgk balik

dah tak de

masing2 pandang muka masing2 lepas tu pakat buat diam je.

semua diam tak berbunyik sampai la balik rumah.

huhu

sampai sekarang aku boleh ingat lagi pompuan tu pakai mcm mana

baju putih ada manik2, lambuci, tudung putih, semua putih

muka x berapa nak igt

tp kalau hantu mesti kitorang terkencing2 kan, tp ntah, mcm terkejut mcm tu je.

mcm mana pompuan tu hilang?

dia jatuh longkang ke masa motor tu selekoh??

wallahualam....

pelik
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 12:53 AM | Show all posts
Reply 160# mencacus


    sy lak pernah nampak org bawak jenazah,tp bukan menghala ke kubur,..mase tu umo 10thn(darjah 4)
mase tu mak sy suh beli kentang ngan garam,waktu tu dh nk masuk senja dh...sy pun cecepat capai beskal,trus kedai runcit...
...sbb org xkan jual garam memalam buta(mase nih bebudak tgh peymes ngan beskal copper buatan sendiri)..
....mase balik sy bertembung ngan jemaah yg bawak jenazah tu..sy brek tayar blakang beskal pakai kaki..sbb jln nk balik umah turun bukit,..pelan2 sy brek sbb jemaah tu lalu...sy sempat tgk diorg...sume pakai baju putih..keranda pun tutup putih..
bile sampai kt umah..sy bitau mak pasal tu...tp mak ckp mane ade org meninggal hrtu...pastu baru sy teringat..yg jln ke kubur berlawanan arah dgn laluan diorg...
esoknya..sy gi umah ayah angkat,bitau pasal tu..tp dia senyum kt saya sbb dia kata..jemaah tu nk bagi tau sy,,ade kenalan sy yg meninggal...sy pun kompius gak ngan org tua tu...last2 bila dh beso baru la ayah angkat citerkn..kisah sy mase kecik2 dulu yg mane sy xpernah tau..tanya kt keluarga..baru diorg buka cerita sbb dh beso...dh boleh pikir panjang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2011 01:06 AM | Show all posts
Reply  mencacus


    sy lak pernah nampak org bawak jenazah,tp bukan menghala ke kubur,..mase t ...
DumBell Post at 17-7-2011 00:53



owh , kira cam satu alamat lah ye dumbell .....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 01:27 AM | Show all posts
Reply 177# mencacus

bukan alamat...sbb mase kecik2 dulu keluarga ckp..sy pernah kena sorok ngan 1keluarga bunian...
yg selamatkn sy tu la..ayah angkat saya sama2ngan org kg...kluarga ckp..kalau x..xdpt mak nk tgk anak mak membeso dpn mata..
ayah angkat buat perjanjian dgn diorg...tp xtau ape perjanjian tu...tp pernah masa dulu2..cari kulat sisik kt kebun getah..sy gatal panjat pokok cempedak..saja nk tgk view dr tpt tinggi..kaki terpeleot..xsempat capai dahan..terus jatuh...tp xrase sakit lps terlentang..terus bangun...pastu tgk pokok sambil garu kepala...terpikir gak,mungkin tanah lembut..tp tanah tu tanah batu gerewel(batu2 merah)pokok tinggi...tp ayah angkat ckp..diorg dh xboleh jumpa sy sekerap dulu bila umo dh 21 thn...
bebas gak akhirnye...sbb dedulu memacam jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 01:33 AM | Show all posts
Reply  mencacus

bukan alamat...sbb mase kecik2 dulu keluarga ckp..sy pernah kena sorok ngan 1kel ...
DumBell Post at 17-7-2011 01:27



  kira dumbell bertuah jugak sebab bukan senang orang bunian nak bagi orang masuk kat alam dia .....diorang tu suka kat dumbell ....biasalah bebudak 'bersih' lagi .....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 01:52 AM | Show all posts
ustaz cakap..jgn bersahabat dgn jin walaupun dia nk buat kawan ke apeke...
bunian tu dlm golongan jin jugak...
ustaz cakap...jgn jadikan kisah tu..sy ada keistimewaan..
tp jdkan tu sebagai pelajaran&dugaan dr ALLAH SWT..untuk hambanya..
tentang  adanya makhluk selain manusia kt muka bumi ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.066858 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list