CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6336|Reply: 0

[Perlis] Lapor kepada MAIPS isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis

  [Copy link]
Post time 13-4-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Lapor kepada MAIPS isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis


BERNAMA



TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail. FOTO arkib NSTP



Kangar: Semua pihak di Perlis perlu terus membantu melaporkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sekiranya terdapat isu keciciran asnaf dalam kariah masing-masing yang belum disantuni.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs dan agensi berkaitan dalam kadar segera.

"Semua pihak perlu memainkan peranan bagi bersama-sama menjayakan hasrat kesejahteraan rakyat negeri ini," titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan MAIPs hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan Raja Muda Perlis bertitah demikian ketika baginda berangkat ke majlis apresiasi penyumbang zakat potongan gaji tahun 2023 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs turut menghargai penyumbang zakat yang telah memberikan sumbangan melalui MAIPs.

Pada majlis itu Raja Muda Perlis berkenan menyerahkan sumbangan 50 komputer riba kepada sekolah-sekolah terpilih di bawah Program Sekolah Amanah Jamalullail.

Baginda juga berkenan menyerahkan 71 basikal kepada peserta terbaik Program Rezeki Subuh yang dilaksanakan sepanjang cuti persekolahan baru-baru ini anjuran MAIPs dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).



Disiarkan pada: April 13, 2024 @ 12:41pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076511 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list