CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3842|Reply: 0

[Kedah] Gara-gara silap tekan pedal minyak, kereta masuk parit

[Copy link]
Post time 13-4-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-4-2024 03:02 PM

Gara-gara silap tekan pedal minyak, kereta masuk parit


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



ANGGOTA BBP Sik membantu dua beranak selepas kereta Perodua yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Charuk Kudung. FOTO ihsan BOMBA




Sik: Wanita bersama ibunya terselamat selepas Perodua Viva dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Charuk Kudung, di sini, hari ini.

Kemalangan berlaku ketika dua beranak dari Kampung Kerawai, Teloi dalam perjalanan untuk menghantar tempahan kuih kepada pelanggan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 9.33 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Sik diketuai Mat Zuki Mat Noh dihantar ke lokasi untuk bantuan.

"Setibanya di lokasi, didapati pemandu kereta mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan mengadu pening kepala, manakala ibunya yang berusia 51 tahun tidak cedera.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, pihaknya difahamkan kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu berusia 31 tahun tersilap menekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas.



Disiarkan pada: April 13, 2024 @ 2:29pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054793 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list