Edited by Nfir at 16-4-2024 12:53 PM
Ini tentang mengelak daripada poligami.
Baru-baru ni Astro Gempak ada menghasilkan video. Interview dengan Abby Abadi. Abby cakap, Abby tak boleh terima suami ada perempuan lain. Hinggakan Abby sanggup bercerai dengan Norman Hakim. Jadi, Abby tak sangka anaknya boleh terima poligami.
Dalam kes Abby, Abby berjaya melepaskan diri daripada situasi poligami. Tetapi anak perempuannya pula diletakkan dalam situasi poligami. Abby masih berhadapan dengan poligami, cuma indirectly.
Kita tak suka poligami. Jadi, kita mahu elak. Tapi kita tak suka poligami atas sebab yang salah. Contohnya, tidak mahu suami mempunyai dua perempuan walau suami boleh menanggung dua keluarga. Atau, kita berasa malu perlu hidup bermadu.
Dalam kes seperti ini, ada kemungkinan kita masih berhadapan dengan poligami. Tetapi poligami itu datang dalam bentuk yang berbeza.
Jadi, kalau kita tak suka poligami, kita perlu ada sebab yang betul. Contohnya, lelaki itu tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menanggung dua keluarga. Atau, lelaki itu mahu berkahwin dengan perempuan jahat atau perempuan daripada keluarga jahat.
|