CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3140|Reply: 0

[Sarawak] NREB buat persiapan ambil alih kuasa tertentu alam sekitar

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:38 PM | Show all posts |Read mode


Len Talif (tiga kanan) dan isteri Datin Asiah Awai (tiga kiri) merakamkan gambar bersama Dr Sim (dua kanan) serta tetamu yang lain.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sudah membuat persiapan untuk mengambil alih kuasa-kuasa tertentu daripada kerajaan persekutuan berkaitan alam sekitar.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, proses pengambilalihan kuasa itu dibuat secara berperingkat.

"Kita tidak boleh ambil sekali (kuasa alam sekitar), perbincangan dibuat secara berperingkat.

"Dan apa yang telah kita buat pada masa ini adalah untuk melatih dan pastikan kakitangan NREB mempunyai kepakaran dan bersedia untuk mengambil alih kuasa-kuasa ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Demak Baru di sini, hari ini.

Ujar Len Talif lagi, proses pemindahan kuasa alam sekitar ini daripada kerajaan persekutuan kepada negeri akan mengambil masa.

"Tetapi apa yang perlu, kita mempunyai perhubungan begitu baik dengan kementerian di peringkat persekutuan.

"Dalam masa peralihan ini juga, kita adakan dialog dan perbincangan terperinci untuk pastikan usaha ini berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu apa yang sudah ada," katanya.

Mengenai tragedi kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan yang meragut dua nyawa pada Jumaat, Len Talif berkata tragedi tidak diingini sedemikian boleh berlaku pada bila-bila masa terutama ketika keadaan cuaca tidak menentu pada masa ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam apa sahaja aktiviti yang dilakukan.

Dalam pada itu, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian antara tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka di kediaman Len hari ini.

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali turut hadir.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.100774 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list