CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4713|Reply: 0

[Sarawak] Dua kaedah baharu hasilkan tenaga diperbaharui

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:41 PM | Show all posts |Read mode


Juma’ani (berdiri kiri) menyampaikan hadiah raya kepada Rohani. Turut kelihatan Nancy (duduk kiri) dan Abang Johari. Gambar PENERANGAN

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memperkenalkan dua lagi kaedah baharu bagi menghasilkan tenaga diperbaharui atau tenaga bersih menerusi sumber sungai.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dua kaedah tersebut ialah menggunakan konsep graviti dan gelombang air.

“Kita akan buat uji kaji prototaip di Stumbin, Sri Aman di mana air sungai akan dipam ke sebuah tangki sebelum dilepaskan untuk menggerakkan turbin bagi menjana kuasa.

“Kaedah ini adalah baru dan belum lagi digunakan di tempat lain dan jika ini berlaku, kita boleh mengeluarkan tenaga hijau untuk kegunaan orang Sarawak selain empangan hidro,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Penasihat di Pejabat Premier Sarawak Datuk Seri Rohani Abdul Karim di sini hari ini.

Mengenai kaedah menggunakan gelombang air atau ombak, Abang Johari berkata ia adalah teknologi baharu dan hanya ada di Shanghai, China.

“Kita gunakan gelombang dari air ini untuk mengeluarkan tenaga dan saya cuba dekat Samalaju, empat kilometer di laut dan ia menjadi.

“Ini bermakna, saya sudah pelbagaikan sumber tenaga hijau selain daripada yang ada sekarang termasuk solar dan biomas,” katanya.

Ujar Abang Johari lagi, jika kaedah ini berjaya seperti hidrogen, ia akan mengubah pengeluaran tenaga Sarawak.

Sarawak kata Abang Johari, mempunyai banyak sumber air, namun tiada analisis dilakukan tentang kebolehannya untuk mengeluarkan perkhidmatan dan tenaga.

Terdahulu Abang Johari bersama isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang meluangkan masa hampir satu jam beraya bersama Rohani dan keluarganya.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.144188 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list