CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25211|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai dijemput memeriahkan Program Berambeh Gong Xi Raya

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode


Dayang Noorazah dan Mohamad Shafizan menjemput orang ramai di Sri Aman dan Lingga hadir ke Program Berambeh Gong Xi Raya di Tebingan Batang Lupar pada 20 April ini.

SRI AMAN:  Masyarakat setempat di sini dan Lingga dijemput hadir memeriahkan Program Berambeh Gong Xi Raya di Tebingan Batang Lupar pada 20 April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program bermula jam 7.30 hingga 10.30 malam itu adalah anjuran bersama beliau dan Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli.

Menurutnya, program turut dianjurkan bersama Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Daerah Lingga, agensi-agensi kerajaan, ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), SABERKAS Cawangan Lingga dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga.

“Buat julung kali tahun ini, Program Berambeh Gong Xi Raya diadakan secara terbuka kepada orang ramai di mana lokasi kita pilih adalah Dataran Terbuka Tebingan Batang Lupar.

“Pada program ini, orang ramai berkunjung dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa hari raya dan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, program itu mempunyai kelainan tersendiri dengan memberi peluang kepada orang ramai beramah mesra bersama pemimpin masyarakat selain menyelami kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.

“Ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim kalangan masyarakat setempat di Sri Aman dan Lingga dengan mereka yang meraikan dua perayaan ini,” jelasnya.

Selain dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya dan Tahun Baharu Cina, orang ramai juga berpeluang menyertai aktiviti hiburan serta pelbagai aktiviti menarik sempena program tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.253580 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list