CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28755|Reply: 0

[Johor] Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:16 PM | Show all posts |Read mode


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Ahad berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Ahad berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara.

Seri Paduka Baginda berlepas dari helipad Istana Bukit Serene, Johor Bahru kira-kira pukul 9.30 pagi menggunakan helikopter Sikorsky milik Baginda, sebelum mendarat di Istana Flintstones.

Dalam tinjauan udara selama hampir 40 minit itu, Sultan Ibrahim meninjau pesisir pantai Mersing, Kem Iskandar, Istana Flintstones dan juga Lighthouse Istana Flintstones.

Sultan Ibrahim bertitah Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara serta kaya dengan keindahan alam.

"Dalam tinjauan udara selama hampir 40 minit ini, saya meninjau persekitaran daerah Mersing termasuk pesisir pantai. Mersing bukan sahaja kaya dengan keindahan flora dan fauna, malah terdapat banyak pulau-pulau yang menjadi tarikan pelancong,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office yang dikongsikan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Sementara itu Seri Paduka Baginda turut mengingatkan pemilik resort serta penduduk kampung tentang tanggungjawab dalam menjaga kebersihan pulau-pulau.

"Jangan terkejut jika saya membuat rondaan secara mengejut di kawasan perkampungan serta pulau-pulau persekitaran Mersing,” titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meninjau fasiliti bot di Kem Iskandar.

"Saya juga mendapati kolam selam tempur di kem berkenaan masih belum siap sepenuhnya, ia sepatutnya diserahkan kepada 21 GGK (21 Gerup Gerak Khas) pada Disember 2022.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.387681 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list