CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4837|Reply: 0

[Pahang] Mayat ditemukan di lereng bukit Jalan Genting Highlands

[Copy link]
Post time 15-4-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

BENTONG – Satu mayat yang masih belum dikenalpasti identiti ditemukan di lereng bukit di Kilometer 15.1 Jalan Genting Highlands-Bentong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 3.40 petang.

“Hasil pemeriksaan awal polis di tempat kejadian mengesahkan penemuan satu mayat yang identitinya masih belum dikenal pasti.

“Susulan itu juga sepasukan polis dari Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong bersama unit forensik Kontinjen Pahang hadir ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Katanya siasatan giat dilakukan termasuk mengenalpasti mangsa dan pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis meminta kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Bentong atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga untuk tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -genting-highlands/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.311838 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list