CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4122|Reply: 0

[Terengganu] Kerajaan Terengganu nafi racun anjing liar

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:06 PM | Show all posts |Read mode

Bangkai anjing liar disyaki mati disebabkan diracun terbiar di beberapa kawasan sekitar bandaraya Kuala Terengganu. - NSTP/Ihsan PPHTT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menafikan dakwaan pihaknya mengarahkan anjing liar diracun walaupun haiwan itu mengancam keselamatan manusia dan ternakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi, Dr Azman Ibrahim, berkata kerajaan berusaha menggunakan kaedah tertentu bagi mengawal populasi anjing liar daripada menjadi tidak terkawal.

Katanya, tindakan meracun anjing liar adalah salah walaupun haiwan itu mengancam keselamatan orang awam dan ternakan termasuk kambing dan biri-biri.

"Kita terkilan dengan dakwaan beratus ekor anjing liar mati disebabkan diracun seperti ditularkan melalui Facebook Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Terengganu (PPHTT), hari ini.


"Kerajaan tidak pernah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meracun untuk melupuskan anjing liar," katanya ketika dihubungi hari ini.

PPHTT melalui Facebook mendakwa operasi penghapusan anjing liar dijalankan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu dengan memberi makanan beracun, kemungkinan dicampur dengan racun perosak dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Mengulas lanjut, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi mengesahkan turut menerima laporan ratusan ternakan termasuk kambing dan biri-biri mati diserang anjing liar.

Katanya, kerajaan negeri berada dalam dilema berikutan populasi anjing liar tidak bertuan yang mengancam keselamatan orang awam dan ternakan berkeliaran.

"Berdasarkan laporan awal, anjing liar ini diambil individu tertentu bertujuan untuk menjaga kebun, tetapi dibiarkan berkeliaran selepas tanaman mengeluarkan hasil.

"Walaupun kepentingan rakyat diutamakan, tetapi kaedah pelupusan anjing liar secara berperikemanusiaan perlu dilakukan," katanya.

Dr Azman berkata, JPV negeri dan PBT sudah diminta melakukan siasatan menyeluruh dakwaan PPHTT.

Sementara itu, beberapa pegawai JPV ke lokasi bangkai anjing liar untuk siasatan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-racun-anjing-liar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052734 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list