CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3082|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tembakan di KLIA: Polis Pulau Pinang tingkat kawalan

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Tembakan di KLIA: Polis Pulau Pinang tingkat kawalan



OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

15 April 2024 01:07pm






Mohamad Usuf (kiri) menyerahkan dokumen kepada Mohd Alwi sebagai tanda serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang pada Isnin.




GEORGE TOWN - Kawalan keselamatan ditingkatkan dalam usaha memburu suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Selangor pada Ahad akan terus dilaksanakan di seluruh negeri ini selepas lelaki berkenaan dilaporkan meloloskan diri ke utara tanah air.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, gambar dan maklumat suspek juga telah diedarkan kepada Unit Kereta Peronda (MPV) bagi tindakan lanjut selain melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan suspek.



"Kita akan pastikan suspek tidak menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi meloloskan diri atau bersembunyi daripada pihak berkuasa," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang antara beliau dengan Datuk Mohamad Usuf Jan Mohamed di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, pada Isnin.

Pada Ahad Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA.



Mangsa dipercayai seorang pengawal peribadi itu parah akibat terkena tembakan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi.

"Siasatan mendapati kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan yang melepaskan tembakan kepada isterinya.

"Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056534 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list