CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3498|Reply: 6

[Dunia] Lelaki UK maut terlebih makan vitamin D​

  [Copy link]
Post time 15-4-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki UK maut terlebih makan vitamin D​

PAKAR memberi amaran suplemen vitamin D boleh membawa maut jika diambil berlebihan.-AGENSI
  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 9 April 2024, 10:00 am

LONDON: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat hiperkalsemia, keadaan jarang berlaku yang berpunca daripada pengambilan vitamin D berlebihan.

Lapor Oddity Central, David Mitchener, seorang ahli perniagaan bersara berusia 89 tahun dimasukkan ke Hospital East Surrey pada 10 Mei 2023 dan disahkan meninggal dunia sepuluh hari kemudian.

Menurut laporan Penolong Koroner di hospital itu, Jonathan Stevens, paras vitamin D lelaki berkenaan berada pada tahap maksimum 380ng/mL sedangkan laporan oleh Institut Perubatan (IOM) pada 2010 menganggarkan tahap vitamin D sebanyak 20ng/mL sudah mencukupi untuk kesihatan tulang yang baik.

Ketoksikan vitamin D disenaraikan sebagai salah satu faktor utama kematian Michener bersama dengan penyakit jantung kongestif, kegagalan buah pinggang kronik, dan hiperkalsemia.

Hiperkalsemia adalah keadaan perubatan yang jarang berlaku tetapi sangat serius dan boleh melemahkan tulang, merosakkan buah pinggang dan jantung.

Laporan Stevens mengenai kematian Mitchener menimbulkan kebimbangan bahawa suplemen vitamin D boleh mencetus kesan sampingan yang sangat serius apabila diambil secara berlebihan.

Namun jelasnya, peraturan pelabelan suplemen semasa tidak memerlukan risiko sedemikian untuk disebutkan pada botol produk.

“Tiada amaran pada atau dalam pembungkusan yang memperincikan risiko khusus atau kesan sampingan mengambil suplemen vitamin D.

“Kami khuatir risiko kematian akan meningkat sekiranya tindakan segera tidak diambil memandangkan ramai yang memilih suplemen tinggi vitamin D untuk meningkatkan sistem imun sejak pandemik Covid-19,” tegasnya.


Lelaki UK maut terlebih makan vitamin DSeorang lelaki di UK meninggal dunia akibat hiperkalsemia, keadaan jarang berlaku yang berpunca daripada pengambilan vitamin D berlebihan.
www.utusan.com.my











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 08:35 AM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 08:40 AM | Show all posts
buatlah test vitamin defficiency dulu baru lah ambil sekiranya perlu. aku nk pesan kt penjual2 amway atau shaklee , jgn advise mcm kau tu pakar pemkanan atau doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru stop Makan vitamin d
Iols mmg doc endocrine suruh Makan
Now dah okay...

Doc mmg tak galakkan Makan Sampai bila bila sebab vitamin d Ni Kita boleh DPT dari matahari juga...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 16-4-2024 08:40 AM
buatlah test vitamin defficiency dulu baru lah ambil sekiranya perlu. aku nk pesan kt penjual2 amway ...

Mahal…
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:53 AM | Show all posts
89 tahun dah atok ni,

mgkn dia amik vit d sebab faktor kesihatan,


umur pn dah lanjut sgt...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 10:16 AM | Show all posts
aku pun kena amik Vit D sbb dah buat test, vit D aku sgt rendah. jd kena amik jenis oil tu ha seminggu sekali utk sebulan stgh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.087553 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list