CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27410|Reply: 1

[Sarawak] Lukisan mural berinspirasi kedai teh herba tradisional

  [Copy link]
Post time 15-4-2024 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Siaw berusaha siapkan lukisan ketiganya berdekatan pusat beli-belah Tun Jugah dalam sebulan atau lebih awal



Siaw menggunakan teknik 'doodle grid' bagi lukisan mural terbaharunya di dinding sebuah banguan berdekatan pusat beli-belah Tun Jugah di Padungan. -Gambar Roystein Emmor
"Saya diberi geran untuk memulakan projek ini, memandangkan belanjawan yang agak besar diperlukan untuk disiapkan."

Leonard Siaw Quan Cheng
Pelukis

KUCHING: Berinspirasikan sebuah kedai teh herba tradisional di Padungan di sini, pelukis mural berasal dari Kuching, Leonard Siaw Quan Cheng kini berusaha keras menyiapkan lukisan mural ketiganya berdekatan pusat beli-belah Tun Jugah yang dijangka siap dalam tempoh sebulan atau lebih awal.

Terkenal dengan lukisan mural bertajuk 'Dayung Hmuai Semban' atau dikenali 'Last Ring Ladies' di dinding sebuah bangunan di Batu 10 (Kota Padawan) dekat sini, Siaw kelihatan sedang membincangkan projek terbaharunya dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng ketika ditemui semalam.

"Saya diberi geran untuk memulakan projek ini, memandangkan belanjawan yang agak besar diperlukan untuk disiapkan," katanya kepada The Borneo Post di sini, hari ini.

Siaw percaya tujuh lukisan mural hasil nukilannya dengan kerjasama beberapa pihak akan mencantikkan lagi kawasan Padungan.

"Kolaboratif ini melibatkan MBKS, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan saya sendiri.


LEONARD SIAW

"Impian saya ialah untuk menyiapkan kesemua tujuh lukisan mural ini menjelang sambutan Festival Kuching," katanya sambil menambah, draf reka bentuk dan ideanya dinilai oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan terlebih dahulu sebelum mula melukis.

"Draf itu boleh lakaran kasar atau imej yang saya beli secara dalam talian, memastikan ia bukan milik orang lain bagi mengelak isu hak cipta. Saya tidak terikat kepada imej atau tema yang spesifik. Asalkan reka bentuk saya tidak melibatkan isu kontroversi, tidak menjadi masalah.

"Lukisan-lukisan mural atau bagi saya seni jalanan, saya menggambarkan sejarah dan penceritaan jalan-jalan ini serta inspirasi datangnya daripada penduduk di sini, termasuk kawan saya yang mempelajari tentang kehidupan di kawasan ini dan saya kumpulkan maklumat daripada beliau.

"Biasanya saya akan meluangkan masa bersama orang yang saya akan lukis, ini membolehkan saya lebih mengenali mereka. Tetapi sebelum mula melukis, saya mesti mendapatkan kebenaran daripada pemilik bangunan di mana lukisan mural akan saya lukis," jelasnya.

Semasa pertemuan yang singkat itu juga, Siaw mendedahkan nama lukisan mural ketiga yang dilukis di Padungan ketika ini ialah 'The Famous Liang Teh' tetapi mungkin berubah apabila siap nanti.

"Cabaran melukis mural di luar sudah tentu cuaca juga asas untuk saya membuat platform kerja udara atau aras tinggi," jelasnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 08:26 AM | Show all posts
kenapa mural tu macam contengan biasa sahaja? ataupun belum siap lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.387199 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list