CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4156|Reply: 13

Anwar Pengerusi Mesyuarat Khas Pastikan Rakyat Tidak Terjejas Perang Iran-Israel

[Copy link]
Post time 16-4-2024 09:46 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara bagi membincangkan situasi tegang di Asia Barat susulan peperangan antara Iran dan Israel.


Menurut Anwar, mesyuarat tersebut diadakan bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terjejas dan juga merupakan bukti kerajaan Madani mengambil serius terhadap isu berkenaan.


Anwar berkata, pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik.


“Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa-apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel.


“Bersama negara-negara bertamadun yang lain, Malaysia menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah.


“Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, setakat ini, peperangan antara Iran dan Israel memberikan kesan yang kecil kepada ekonomi negara.


“Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dibuka dengan kejatuhan yang amat kecil, yang mencerminkan trend serantau.


“Walau apapun, kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa terjamin.


“Kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama,” katanya.


Anwat menegaskan, isu ini perlukan penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan yang tidak berperikemanusiaan yang melanda Gaza.


“Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain.


“Gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan,” kata beliau.


Difahamkan, mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Turut hadir, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan pegawai-pegawai kanan kerajaan lain.


Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, sumbangan Malaysia terbaharu kepada rakyat Gaza sebanyak 100 kontena dijangka berlepas pada 27 April ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 09:53 AM | Show all posts
ala nak enter frame jugak dengan isu dunia yg tgh hangat baru nampak malaysia jagoh walopon haukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:20 PM | Show all posts
dpd xde buat ape.....


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
LOL

Isu ringgit jatuh, beras, minyak masak jauh lebih kritikal tapi takde pon sampai buat sidang macam ni

Tapi isu yang berlaku beribu batu jauhnya di padang pasir sana yang difokuskan

Apa punya hauk daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:58 PM | Show all posts
cakap jela pandai.... execution n idea habuk pun tarakkk....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nfir at 16-4-2024 06:15 PM
kemaruk replied at 16-4-2024 05:35 PM
LOL

Isu ringgit jatuh, beras, minyak masak jauh lebih kritikal tapi takde pon sampai buat sidang ma ...


Waktu zaman Najib, Cina dekat MalaysiaKini benci Najib. Ini tidak hairan. Sebab Cina dengan Najib bukan dalam satu kem.

Tapi bila Cina dekat MalaysiaKini sekarang kutuk Anwar, ini sangat pelik. Sebab diorang satu kem.

Ini menunjukkan betapa teruknya Anwar. Sampai kan orang dia sendiri kutuk dia.

Tapi Anwar memang wajar dikutuk. Tak kisah la kalau dia nak terpaling Palestin pun. Masalahnya, isu dalam negara lembap nak mampus dia tangani.

Sepatutnya, kalau nak terpaling Palestin, Anwar kena la jadi terpaling Malaysia juga.

Sampai Cina dekat MalaysiaKini tulis, suruh la Anwar ni jadi PM Palestine. Hehehe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kaseh80 at 16-4-2024 07:15 PM

MASAELAH negara sundiri pung tak blh selesai
Tetiba mesy khas pasal perang lak
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah dulu Ms mula2 jd pm ada pengerusikan jgk jawatankuasa menangani kos Sara hidup. Tp hasilnya x da apa2 yg baru pun. Ada la skit menu rahmah tp skrg mcm da x wujud da menu rahmah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawalah pulang.. dah nak perang !!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak start!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:23 AM | Show all posts
Edited by adelea at 18-4-2024 09:33 AM
Nfir replied at 16-4-2024 06:13 PM
Waktu zaman Najib, Cina dekat MalaysiaKini benci Najib. Ini tidak hairan. Sebab Cina dengan Najib  ...

PMX ni ku ckp depan kawan2 cina i yg DAP i mmg ckp direct je dia PM yg tak buat apa apa ...takde idea , all recycle saja
takde execution , promise bende yg tak boleh buat ...

then my kawan cina said , ohhh all politician tak keep their promise ..
i ask back ..sure or not....


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 18-4-2024 09:23 AM
PMX ni ku ckp depan kawan2 cina i yg DAP i mmg ckp direct je dia PM yg tak buat apa apa ...takde id ...

Ada orang Cina muda memang dah give up. Sebab semuanya taik. Bagi UMNO taik. Bagi PH pun taik.

Baik diorang fikir business dan survival. Atau pun pindah duduk luar negara. Koman-koman pun Singapore.

Tapi dekat MalaysiaKini nampak juga la ada golongan yang masih hopeful. Maybe yang dah berusia kot - jadi tak fikir ikut hati sangat. Masih mengharapkan Malaysia boleh dipulihkan dan jadi lebih baik.

Tapi itulah... Siapa PM yang boleh pulihkan Malaysia ni? Tak nampak kelibatnya.

Yang ada pemimpin tak sedar diri, tua bangka, gila kuasa. Kalau ada orang muda yang bagus pun kena cantas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bincang isu beras, minyak masak, bawang bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sembang je rhetorik je.  xde isi / fakta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063390 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list