CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5901|Reply: 0

[Kedah] Pameran 45 lukisan tarikan unik Startups Coffee

[Copy link]
Post time 16-4-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Pameran 45 lukisan tarikan unik Startups Coffee

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

16 April 2024 11:40am




Pameran lukisan anjuran SP Art Group ini berlangsung di Startups Coffee, Jalan Sekerat, Sungai Petani sehingga hujung bulan ini.




SUNGAI PETANI - Sebuah kafe, Startups Coffee di sini menampilkan kelainan apabila turut 'menyajikan' sebanyak 45 keping lukisan yang dihasilkan pelukis berpengalaman sekali gus menarik kehadiran pengunjung ke negeri ini.

Menariknya, pameran tersebut berkonsepkan bebas memaparkan lukisan berlatarkan kehidupan, abstrak, sejarah dan pemandangan indah yang disediakan secara percuma.




Anuar (dua dari kiri) dan Eric (dua dari kanan) di Startups Coffee bersama lukisan yang dipamerkan sehingga 30 April ini.




Penyelaras SP Art Group, Anuar Ahmad berkata, para pelukis terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas pasukan beruniform, kakitangan awam dan swasta.
"Ia juga salah satu cara mengekspresikan diri melalui lukisan yang mana bakat dan kebolehan ini dikongsi kepada umum dalam masa sama dapat berinteraksi secara langsung.


"Kita mengalu-alukan orang ramai untuk hadir dan sokong pameran ini serta sama-sama menghargai karya yang dihasilkan," katanya.

Sementara itu, Pengasas Startups Coffee, Eric Choo berkata, pihaknya menyediakan platform iaitu kafe yang berkonsepkan seni, kopi dan akademik dalam usaha meningkatkan martabat industri seni negara.






Anuar (dua kanan) dan Eric (kanan) menunjukkan salah satu lukisan yang dipamerkan.




"Sesiapa sahaja boleh datang lihat secara percuma di Startups Coffee bermula 11 pagi hingga 10.30 malam bertempat di Jalan Sekerat Sungai Petani.

"Pameran dibuka selama sebulan dan akan berakhir hujung bulan ini, sebelum digantikan dengan hasil karya dari kumpulan lain pula," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059238 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list