CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4822|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ikan mati, sampel air dekat Kualiti Alam diambil

[Copy link]
Post time 16-4-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode

S VEERAPAN melakukan lawatan di anak sungai berhampiran Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam yang mengalami kebakaran baru-baru ini susulan aduan ikan mati. FOTO ihsan YB

Seremban: Sampel air di sebuah anak sungai berhampiran Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam yang terbakar Jumaat lalu diambil susulan aduan ikan mati, semalam.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, kerajaan negeri mengarahkan siasatan rapi dijalankan berhubung aduan itu.

"Hari ini saya melakukan lawatan ke Kualiti Alam selepas mendapat aduan kejadian ikan mati di salah satu anak sungai. Tujuan lawatan ini juga adalah untuk memantau kemajuan terkini di Kualiti Alam.

"Saya turut memantau dan siasatan kes ikan mati di anak sungai bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, pihaknya memberikan arahan kepada pihak berkaitan untuk memantau kualiti air dan udara di sekitar tapak kebakaran dan ambil tindakan yang sewajarnya.

"Lawatan dilakukan berdekatan dengan tapak kebakaran. Kertas siasatan dibuka selepas siasatan selesai dan tindakan yang sewajarnya akan diambil.

"Arahan dikeluarkan untuk mengambil sampel air untuk siasatan lanjut. Ketika siasatan berjalan, tiada isu berkaitan dengan kualiti air dan udara terjejas ditemui.

"Dengan langkah ini, diharapkan kita dapat menjamin kelestarian alam sekitar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam lawatan dan siasatan ini," katanya.

Tambah beliau, turut hadir ketika lawatan adalah pengurusan tertinggi Kualiti Alam diwakili Pengarah dan Pengarah Urusan Kumpulan Cenviro, Dr Johari Jalil dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pengarah JAS Negeri Sembilan, Dr Nor Hazni bt Mat Sari.

Sebelum ini media melaporkan, tempat logistik simpanan sisa bahan kimia berjadual berkeluasan 100x100 kaki persegi di Pusat Kualiti Alam itu terbakar 100 peratus dalam kejadian pada petang Jumaat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ualiti-alam-diambil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049356 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list