CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7603|Reply: 0

[Johor] Empangan Sembrong akan dinaik taraf

[Copy link]
Post time 16-4-2024 05:25 PM | Show all posts |Read mode



MOHAMAD Fazli (kanan) bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Pengasas dan Pengerusi Handal Indah Sdn Bhd Lim Han Weng (tengah) pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama Antara Malaysia dan Singapura Melalui Tambak Johor di Iskandar Puteri. FOTO Bernama



Iskandar Puteri: Empangan Sembrong akan dinaik taraf bagi menampung keperluan bekalan air penduduk di Kluang dan Kulai yang terjejas ketika Aidilfitri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata empangan yang terletak di Ayer Hitam itu akan berfungsi sebagai tadahan air dan tebatan banjir dengan naik taraf berkenaan.

Katanya, empangan itu sebelum ini berfungsi sebagai tebatan banjir menyebabkan fungsi membekalkan air kepada penduduk tidak dapat dioptimumkan sepenuhnya.

"Bagi jangka masa panjang, kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk menambah baik serta mengukuhkan empangan di negeri ini termasuk Empangan Sembrong.


"Bermula tahun ini, projek pengukuhan Empangan Sembrong akan dimulakan supaya ia dapat digunakan untuk tebatan banjir dan bekalan sumber air kepada penduduk.

"Langkah mengoptimumkan fungsi Empangan Sembrong penting supaya tiada lagi gangguan bekalan air berlaku kepada penduduk Kluang dan Kulai setiap kali pada musim Aidilfitri," katanya pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon.

Jumaat lalu, media melaporkan lebih 1,000 penduduk di Kulai selain beberapa lokasi di Kluang dan Batu Pahat terjejas berikutan masalah gangguan bekalan air yang melanda sehari sebelum Aidilfitri sehingga beberapa hari selepas Hari Raya.

Antara kawasan terjejas ialah Murni Jaya, Kampung Sri Muar dan FELDA Bukit Permai, Kulai.

Dalam pada itu, Mohamad Fazli berkata, beberapa langkah lain turut dikenalpasti kerajaan negeri bagi mengatasi isu gangguan bekalan air termasuk pembinaan tangki air di beberapa kawasan.

"Selepas ini, kerajaan negeri akan adakan post-mortem pihak syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ. "Saya akan lihat apa yang boleh dibantu termasuk menambah tangki air bagi mengurangkan isu gangguan bekalan air.

"Tiada masalah untuk menambah tangki air, namun lokasi bagi pembinaan tangki memerlukan perbincangan kerana ia mungkin membabitkan tanah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-akan-dinaik-taraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.247090 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list