CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9649|Reply: 0

[Pulau Pinang] Denggi: Dua kematian direkodkan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 16-4-2024 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Denggi: Dua kematian direkodkan di Pulau Pinang


April 16, 2024 @ 8:22pm



Foto hiasan



GEORGE TOWN: Sebanyak 51 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 April lalu di Pulau Pinang.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam kenyataan, memaklumkan daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan rekod tertinggi iaitu 18 kes, diikuti SPS (15), Timur Laut (lapan) dan masing-masing lima kes di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Utara (SPU).

"Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME15 adalah sebanyak 1,730 kes, manakala kematian direkodkan masing-masing satu kes di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan (SPS)," menurut hantaran di laman Facebook JKNPP hari ini.

Menurut JKNPP, dua kawasan di SPT dikenal pasti sebagai hotspot taburan lokaliti wabak denggi iaitu Taman Alma Jaya dan Taman Nirwana manakala satu hotspot turut dikesan di Taman Sri Pinang dalam daerah Timur Laut.

Justeru, JKNPP menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan dan kawalan sendiri bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan dan premis. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.049528 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list