CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6719|Reply: 0

[Tempatan] 'Farah Cie dalam keadaan selamat, tak mahu keluarkan kenyataan'

[Copy link]
Post time 17-4-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Farah Md Isa yang juga isteri kepada suspek utama kes melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu, tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

Wakil kepada wanita yang dikenali Farah Cie itu berkata, sebarang perkembangan perlu dirujuk berdasarkan kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, beliau berkata, Farah kini berada dalam keadaan selamat.

"Terima kasih atas keprihatinan isu terkini mengenai Hajah Farah.

"Terima kasih juga atas doa dan sokongan. Hajah Farah dalam keadaan selamat, doakan," katanya kepada Harian Metro menerusi WhatsApp.

Dalam pada itu, Farah mengesahkan akaun Facebook menggunakan nama Farah Cie Al Haramain adalah palsu.

Harian Metro terdahulu melaporkan, polis berjaya menahan suspek utama, Hafizul Harawi di Jalan Bayam, Kota Bharu, kelmarin, selepas 36 jam melarikan diri.

Hafizul, 38, disyaki mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand berdasarkan rampasan yang dibuat polis membabitkan sejumlah wang tunai dalam mata wang asing Riyal dan Baht.

Polis turut merampas pistol jenis Glock 19 Austria bersama 33 biji peluru hidup, mercun bola, enam telefon bimbit, pasport, serta empat keping kad pengenalan milik orang lain.

Susulan itu, suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Suspek kemudian dibawa menaiki pesawat King Air B300 milik PDRM dari Kota Bharu, Kelantan ke Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Subang, dan tiba pada 2.15 petang.

Selepas itu, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut.

-Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.743188 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list